Posted by: ummiabah | November 1, 2010

Ulangtahun yang ke-4

Posted by: ummiabah | October 17, 2010

Perihal sayur

Learn about the future by looking at the past. (Tamil proverb)

Sayur. Tak semua orang suka makan sayur. Sesetengah orang langsung tak jamah sayur, pandang pun tak hingin. Tapi, sesetengah orang tu kalau takde sayur macam tak sah. Macam tak sempurna makan kalau takde sayur. (termasuk la Abahnya..)

Sebenarnya makan sayur ni bagus. Menurut kajian, orang yang tak makan sayur sebenarnya lebih senang terdedah kepada gejala obesity (kegemukan) berbanding orang yang banyak makan sayur.

Umar, Alhamdulillah setakat ni tak memilih makanan. Asalkan sedap dan kena selera dia, dia akan makan. Setakat ni dia makan aje segala jenis sayur yang UmmiAbah beri. Tapi, dalam banyak-banyak sayur-sayuran tu, yang dia paling suka ialah timun mentah. Dia suka ratah macam makan snek.. (Tahukah anda timun sebenarnya termasuk dalam keluarga buah-buahan dalam ilmu botani, tapi secara umumnya dikategorikan sebagai sayur!)

'Kyuuri' yakni timun yang biasa dijual kat sini.

Timun di Jepun ni biasanya merujuk kepada sejenis timun yang dipanggil ‘kyuuri’ yang bewarna hijau pekat dan saiznya pula lebih kecil (diameter dalam 2-3 cm) berbanding timun yang biasa lihat di Malaysia yang lebih besar dan cerah warnanya.

Rupa timun yang biasa dijual di Malaysia.

Sayuran lain yang biasa didapati diMalaysia dan juga terdapat di Jepun – tapi lain sikit ialah daun sup. Daun sup atau dipanggil ‘serori’ dalam bahasa Jepun, biasanya dijual dengan batangnya sebagai main, bukannya daun. Mungkin lebih sesuai dipanggil batang sup – bukan daun sup. Hu hu… Lagi satu, saiznya juga agak gedabak sikit. Oleh sebab itu, bila beli dan dah gunkan daunnya untuk dimasukkan dalam sup, jenuh kena fikir apa nak buat dengan baki batangnya…. 🙄

Daun sup yang biasa dijual di pasaraya-pasaraya kat sini. Lebih batang dari daun..

Dan bagi mereka yg suka makan cili padi, kat pasaraya di sini (kat tempat kami) memang tak dapat jumpa cili padi. Cili besar pun ikut musim. Yang istiqamah ada – lada benggala yang warna hijau (dipanggil ‘piman’) yang mempunyai tahap kepedasan pada tahap kanak-kanak tadika. 😆

Encik 'Piman' aka Lada benggala.

Posted by: ummiabah | October 13, 2010

Kembali

Sekarang cuaca di Jepun sudah mula dingin. Daun-daun pohon momiji (maple) di sepanjang jalan yang memisahkan kampus JAIST dengan blok-blok kediaman staff sudah mula bertukar warna kepada warna merah. Sudah hampir 3 minggu UmmiAbah sekeluarga kembali semula ke Negara Matahari Terbit ni. Kembali dari percutian balik beraya Aidil Fitri di Malaysia – yang juga merupakan pengalaman pertama bagi Sofiyya dan Surayya di Malaysia.

Musim luruh sudah mula menampakkan wajahnya di JAIST.

Sesungguhnya pengalaman melakukan travel dengan 3 orang anak kecil amat mecabar fizikal, mental dan emosi seorang manusia biasa seperti kami…. 😦

 Bagi perjalanan menuju ke Malaysia, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari Komatsu stesen ke Kansai Airport stesen dengan keretapi dan seterusnya menaiki penerbangan dari Kansai International Airport ke KLIA dengan Malaysia Airlines. Baby cot yang direquest masa beli tiket juga turut disediakan oleh MAS. Walaupun, hanya satu aja yang diprovide dan terpaksa dua beradik tu bergilir-gilir, sememangnya baby cot tu banyak membantu sepanjang dalam flight

Surayya sedang menggunakan perkhidmatan baby cot.

 Sementara itu, perjalanan kembali semula ke JAIST lebih mencabar sikit dek kerana kondisi sistem pembuangan Surayya dan Sofiyya yang tak berapa stabil..Dapat buah tangan dari Malaysia – kena cirit-birit masa balik beraya kat Malaysia.. 

Selamat sampai di Kansai Airport dari KLIA.

Kejap-kejap dah melepas ..Kalau melepas biasa , OK lagi ni bahan buangannya mengandungi kandungan cecair yang tinggi… Penat UmmiAbah dibuatnya, terpaksa salin pakaian sekali..Dan sebab perut meragam tu juga mood diaorang pun tak berapa OK, asyik nak meragam…

Sekarang Alhamdulillah lepas makan ubat dan mengikut diet yang diarahkan oleh doktor (Tahukah anda bayi yang cirit birit kena pantang, tak boleh diberi susu!) keadaan mereka dah hampir pulih.. Cuma si Surayya progressnya lambat sikit sebab dia sangat setia kepada susu, segala minuman lain dia minum sikit buat hilang dahaga, lepas tu reject

Terpaksa Umminya menggunakan helah dengan mencampurkan air biasa dengan sejumlah minimal susu tepung, supaya air tu berubah warna kepada warna susu…..ilusi optik gitu. Dan banyakkan suap makanan pejal (nasi etc) supaya diaorg ni rasa kenyang dan kurang bergantung dengan susu. Macam si Surayya ni, dia gemarkan pisang. Dan Alhamdulillah setelah beberapa kali pengambilan pisang, pembuangan dia pun dah nak kembali normal. Syukurrr….

Kembali ceriaaa..

Posted by: ummiabah | August 23, 2010

Nama dan Harapan

Nama orang-orang Jepun terdiri dari 2 perkataan, iaitu nama keluarga dan nama individu tersebut. Contohnya, Yamamoto Hiroki (山本 浩樹), di mana Yamamoto merupakan family name dan Hiroki adalah nama yang diberikan semasa dia lahir. Biasanya di Jepun, nama adalah dalam turutan berikut: family namegiven name.  Kalau pergi abroad biasanya mereka akan terbalikkan. So, contohnya kalau dalam Jepun dia dipanggil Yamamoto Hiroki, kalau luar negara dia akan pakai nama Hiroki Yamamoto. 

Kawan Abahnya - Yamamoto-san masa datang kenduri kahwin UmmiAbah. Kereta kat belakang tu kereta sulung kami.

Family name, of course tak akan berubah sejak beratus-ratus tahun, tapi given name biasanya akan berubah mengikut trend zaman tersebut. Berdasarkan kajian statistik seperti yang dilaporkan oleh syarikat Benesse, nama yang paling popular, iaitu paling ramai dinamakan kepada bayi-bayi untuk tahun 2009 ialah Hiroto 【大翔】untuk bayi lelaki dan Rin【凛】untuk bayi perempuan. Berikut adalah top 5 nama-nama untuk bayi lelaki dan perempuan bagi tahun 2009:

①       Hiroto

②       Syou-ta

③       Ren

④       Souta

⑤       Sora

Girls pula….

①       Rin

②       Sakura

③       Hina

④       Yuwa

⑤       Yuna

 Untuk bayi lelaki, kebanyakan nama yg popular bercirikan keluasan, lapang, tidak rigid. Biasanya nama-nama dipilih dipengeruhi oleh keadaan semasa samada ekonomi atau sosial. Mengikut ulasan syarikat ni, oleh sebab keadaan ekonomi Jepun yang suram maka banyak ibu-bapa memilih nama yang bercirikan lapang dan luas dengan harapan kesempitan tu dapat dihadapi dengan hati yang lapang..  🙄

Bunga sakura - berkembang selepas musim sejuk menandakan tibanya musim yang lebih ceria.

Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan nama yang popular adalah bercirikan bunga yang berkembang dalam keadaan cuaca yang sukar, dengan harapan anak-anak mereka berkembang cantik walau dalam keadaan dunia yang sukar… 

Umar- nama sahabat (r.a) yang tegas berpegang pada kebenaran. Rifqi - lemah lembut.

Anak-anak Ummiabah pula, biasanya 6 bulan sebelum lahir dah start pilih nama. Tapi, biasanya akan confirm dalam sebulan sebelum lahir….Biasanya nama disediakan berdasarkan jantina yang dilihat masa scan di klinik/hospital. Setakat ni Alhamdulillah semuanya keluar seperti yang kelihatan masa scan. Macamanapun kena jugak bersedia in case tersalah scan. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Almas - berlian. Sofiyya - Suci.

Almas - berlian. Surayya - Bintang tujuh. Dalam bahasa Jepun, bintang tujuh dipanggil 'Subaru'!

 

Posted by: ummiabah | August 12, 2010

Ramadhan Yey!

Semalam bermulalah Ramadhan ke-2 kami di Jepun. Seperti tahun lepas, tahun ni pun Ramadhan jatuh pada musim panas.. Dugaannnn.. Sekarang ni waktu syuruknya sekitar pukul 3.20 am dan waktu berbukanya dalam 6.50 pm. Waktu berpuasanya selama 15 jam setengah. Tapi oleh sebab sekarang ni dah semakin menuju ke arah musim luruh, jadi waktu maghrib pun setiap hari semakin awal. Alhamdulillah…

Celamatt berpocaaa..ihik ihik dari Sofiyya

Celamat berpoca...nyam nyam.. dari Surayya.

Hari pertama puasa, sahur dengan nasi+nattou aje. Nattou (納豆) ni sejenis makanan harian rakyat Jepun yang diperbuat daripada kacang soya yang direndam dalam air, direbus , kemudia diperam selama satu hari dengan sejenis bakteria khas. Nattou ni ada fizikalnya melekit-lekit macam kacang bendi tu, dan mempunyai rasa yang tersendiri – orang putih kata acquired taste, kalau orang yg tak biasa mungkin tak boleh makan. Kebiasaannya nattou ni dimakan sebagai breakfast. Antara khasiat2nya Insyaallah boleh merendahkan tahap kolesterol, dan mencegah obesiti. 🙄

Yang warna perang tu natto...Kacau hingga sebati...Bismillah!

Nattou ni boleh dibeli di pasaraya2 dalam bentuk paket-paket kecil. Nak makan, ceduk nasi panas-disyorkan nasi beras Jepun, buka natto atas nasi, letak atas nasi, pecahkan sebiji telur atas nattou, hiris sayur (daun bawang atau bendi rebus), masukkan sedikit kicap cair. Ambil sudu, kacau semua sekali sehingga sebati – Selamat makannn…

Hari pertama buka puasa, makan mee goreng biasa aje.. Kurma masa berbuka, makan kurma Tunisia yang dibeli secara online. Kurma Tunisia ni sedap, tak tahu nak gambarkan dengan perkataan tapi rasanya ada rasa-rasa buah, bukan manis semata-mata. Nak tahu macamana kenalah makan sendiri…   🙂

Saya azam untuk mula puasa, 3 tahun akan datang..

Posted by: ummiabah | July 27, 2010

First Year Anniversary – Alhamdulillah

Posted by: ummiabah | July 27, 2010

Panasss…

Waktu senja di musim panas di kawasan kedai 10 minit dari JAIST.

Sekarang ni kat sini, tengah kemuncak musim panas. Musim panas tahun ni, nampaknya lebih panas berbanding tahun lepas. Alhamdulillah, nasib baik rumah kami dah ber ‘air-con’, jadi boleh la tarik nafas sikit sebab kalau hanya setakat kipas, rasanya teruk jugak nak mengharungi dugaan musim panas tahun ni. (Itu belum panas akhirat lagi!..) Suhu sekarang ni lebih kurang macam Malaysia atau mungkin lebih sikit. Tapi, kalau di Malaysia masih boleh bertahan, kat sini tak boleh tahan… Mungkin disebabkan dari segi kelembapan udara, di sini lebih dry –sebab tu terasa keterikannya lebih sikit. Atau sebab sinaran UVnya lebih kuat kat sini…?

Anak-anak malang yang terpaksa disemi-kuarantinkan, bagi mengelakkan mereka terlepas ke kawasan panas.

Lepak dekat ruang rehat basement bangunan akademik pada hari Ahad yang panas.

Oleh sebab tu, biasanya budak-budak kat sini semuanya keluar dengan bertopi untuk megelakkan hyperthermia yang berpunca dari keterdedahan berlebihan kepada cuaca/sinaran panas matahari. Tiap-tiap hari ada je berita berapa orang masuk hospital sebab hyperthermia ni.

Masa di taman City Hall pergi berdua dengan Abahnya.

Oleh sebab itu kalau kami nak keluar rumah biasanya kena tunggu hingga matahari jatuh sikit, bila dah kurang sikit teriknya. Itupun, kalau naik kereta air-con akan diputarkan ke tahap maksima! Biasanya, Kalau ada peluang UmmiAbah akan bawak bebudak ambik angin kat taman bila petang sikit. Petang Ahad lepas, kami ke Taman Yu-Yu sebab Umar demand nak main bola. Umar yang paling enjoyed sekali sampai berpeluh-peluh macam mandi. Lepas tu sekeluarga berkelah dalam kereta makan telur rebus dan jus oren/epal. Of course dalam suasana ber ‘air-con’. Yum.. yum…

Alhamdulillah berguna juga stroller ni...

 

« Newer Posts - Older Posts »

Categories