Posted by: ummiabah | June 2, 2011

Alhamdulillah & Tetralogy of Fallot

Padi huma di pangkal tualang,

Susun rapat dipinggir kali,

Agak lama hamba menghilang,

Baru kini bersua kembali.

 

Sudah hampir 4 purnama UmmiAbah menyepikan diri. Menyepikan diri, malangnya bukan sebab keluar jalan Allah tapi disebabkan sibuk menguruskan macam-macam hal keduniaan. Dalam 4 bulan tu macam-macam perkara yang berlaku: Hampir sebulan tidur di hospital. Anak selamat menjalani pembedahan. Berjaya menyiapkan 2 scientific papers untuk jurnal publication. Present paper pada 2 conferences. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Afrika. Umar Berjaya cerai pampers sepenuhnya.

Pertama kali di bumi Afrika.

Alhamdulillah, UmmiAbah sangat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya Umar berjaya bercerai pampers pada usia 4 tahun setengah. (Adalagi ke budak yg lebih lewat dari Umar? :roll:). Malah lebih membanggakan, Umar sekarang tidak lagi memakai pampers 24 jam termasuk waktu malam. Sungguh tak ku sangka. Penat UmmiAbah risau kat dia jer..Agaknya Umar ni jenis late bloomer. Lambat meniarap, lambat berjalan, lambat bercakap… Apa pun yang penting dia sihat dan riang.

Umar – a late bloomer. We believe in you.

Sofiyya dan Sofiyya pula membesar dengan cepatnya, dah hampir nak setara dengan si abang dari segi fizikal. Mereka ni ada satu kemahiran istimewa – dua-duanya akan jatuh terkulai layu bila je nampak Abahnya balik dari lab! (mintak didukung)

Sofiyya & Surayya – dah nak sama besar dengan si abang.

Alhamdulillah anakanda bungsu kami, Sumayya sekarang sudah berusia genap 5 bulan. Walaupun terpaksa menjadi penghuni NICU selama lebih sebulan, terpaksa menjalani pembedahan pada usia seawal sebulan, kini Sumayya membesar dengan sihat dan merupakan seorang bayi yang periang dan tak banyak kerenah. Bayi paling cemerlang dalam Umar & co., so far.   

Alhamdulillah, Allah yang mendatangkan segala ujian dan dia jugalah yang memudahkan kita menjalani segala ujian. Sesungguhnya dalam setiap kesusahan besertanya kesenangan.

Sumayya – pemenang anugerah bayi cemerlang.

Sumayya sebenarnya mengalami masalah jantung semenjak dari dalam kandungan lagi. Nama saintifik heart diseasenya ialah Tetralogy of Fallot (TOF). Syukur, di Jepun ni, khidmat perubatan yang disediakan sangat baik, malah terpuji. Masalah pada jantungnya sebenarnya berjaya dikesan doctor semenjak 6-7 bulan dalam kandungan. Sejak itu, banyak kali scan-scan susulan dilakukan sehinggalah saat kelahiran. Malah, semasa lahir pun ada doctor jantung khas yang siap sedia stand-by untuk take-over bawa Sumayya ke unit NICU.

Walaupun Umminya telah dibenarkan pulang pada hari ke4, namun Sumayya terpaksa ditahan di NICU hospital sehingga lebih-kurang 3 minggu sebelum doktor membuat keputusan yang dia perlu dibedah segera. Kemudian dia dipindahkan Hospital University Kanazawa khusus untuk menjalani pembedahan. Kalau selama di NICU, ada jururwat khas yang sentiasa memantau dan menguruskan dia, tapi setelah dipindahkan hospital, dia dimasukkan ke wad kanak-kanak dan terpaksalah Abahnya turut masuk wad bersamanya. Kalau sebelum tu jururawat sepenuhnya bertanggung jawab menjaga dia, kini Abahnya yang mengambil alih tugas tu.

Suasana open cafe di musim dingin – Kanazawa University Hospital.

Mujurlah jururawat-jururawat di wad kanak-kanak Hospital University Kanazawa tu sentiasa sedia membantu. Dari menyalin pampers, dodoikan untuk tidur, buat susu, bersihkan badan, mandikan, pujuk masa menangis lapar tapi terpaksa dicontrol limit susu yg diberi- pendek kata banyak sangat jasa mereka. Terima kasih dari lubuk hati UmmiAbah. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat di JAIST yang telah sudi menolong menghantar bekal makanan ke hospital pada hari salji lebat dan tebal – sebab tak ada makanan halal di wad. Juga tak lupa juga bantuan masyrakat Islam di JAIST dan Kanazawa University yang sudi datang menziarah kami di hospital. (and for the hadiahs too)

Bekalan makanan masa dalam wad – terima kasih Ummi walau tengah penat berpantang.

UmmiAbah bersyukur kerana Sumayya dilahirkan di bumi Jepun. Kerana itu UmmiAbah tidak perlu menunggu Sumayya berumur 2 tahun untuk dibedah. Kalau di Malaysia, anak-anak yang menghidap TOF terpaksa berjuang sendirian sehingga mencapai umur 2 tahun, tapi Alhamdulillah di Jepun, anak-anak TOF biasanya akan dioperate (by-pass operation)ketika berumur 1-2 bulan, sebelum menjalani full operation sekitar umur mereka 1 tahun.

Dalam beberapa bulan lagi Sumayya akan akan menjalani pembedahan untuk menutup lubang pada jantungnya. Semoga Allah memudahkan segalanya. Sesungguhkan kesihatan itu adalah satu nikmat yang besar dari Allah.

 


Responses

  1. Salam….gembira dapat baca cerita/berita dari jepun…

  2. salam…untgnya adik sumayya dilahir d jepun.adik perempuan sy skrg berusia 21 tahun. Juga mghidap TOF sjk dr lahir lg. tapi skrg doktor srh dia buat kptsn sma ada nk buat pmbedahan atau tidak.doktor ckp risiko memg tggi.20-30% utk bjaya dlm pmbedahan.mak xnk buat pmbedahan utk adik sebab risiko tggi. Skrg smua fmly risau xtau nk buat kptsn apa.serba slh..kalau lh adik sy ne juga d lhr d jepun.msti pmbedahan dh dbuat dr dia kecil lg..maaf sy skdr nk tnya pdpt dr ummiabah.tqvm

    • Saya bersimpati…tapi tak berani nak bagi pendapat sebab setiap kes berbeza. Apa-apa pun semua yang terjadi dalam kekuasaan Allah. Minta dari Dia, insyaallah ada jalannya…

  3. Anak saya pun TOF..2y3m…still tunggu untuk operation..and pernah melakukan BT shunt sewaktu umurnya 1 bln…Semoga Allah memberi kami sekeluarga kekuatan..AMIN

    • Dah buat major operation? Anak kami buat major operation mas umur setahun. Alhamdulillah skrg dia sihat walafiat. Cuma kena selalu follow up di IJN setiap 6bulan.

      • Anak saya akan buat major operation pada 22/7/2014 di IJN…umur sekarang dah 2y11m……semoga urusan kami dipermudahkan..Amin..

  4. Assalam.
    bagainana anak tuan sekarang? Mudahan sihat selalu.. saya pun anak kedua ada ToF detected since umur seminggu…g ke island hospital…dr pakar kata prlu buat major opeation sekali shj…. tunggu umur 2-3thn… la ni kami refer ke general hsptl penang dr rostam.. sini plak tunggu berat 10kg baru nak operate .. dulu anak tuan ada doc kasi makan ubat ka? Pranolol 4mg. Kami kena bagi ubat tu bila dia mkn lemah semacam ja kalau tak baru aktif…. la ni anak kami chempaka umur 1y7mth. Tak leh jln lagi…. br nk berdiri…masa anak tuan operate dan selepas operste brapa lama anak nak full recover?…. boleh cerita sikit … thx…sekadar nak kongsi cerita

    • salam. boleh add fb saya Edee Rozey Manaf (boleh mesej dulu, takut saya tak cam). blog ni dah tak aktif.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: