Posted by: ummiabah | January 13, 2011

Trip to Kashmir (for the sake of Nan and Tandoori Chicken!)

Peta Kashmir. Ada ‘sedikit’ kena mengena dengan entry ini.

Pada tanggal 30hb Disember 2010 (yes, 2 hari sebelum Umminya masukwad!), rombongan kami yang berjumlah 4 orang telah melakukan satu rombongan mak kiah ekpedisi ke ‘Kashmir’. Untuk makluman, kesemua ahli rombongan terdiri dari kaum Adam yang merentasi 3 generasi.

Peserta-peserta ekspedisi yang terdiri dari 3 generasi.

Expedisi tersebut yang sebenarnya merupakan satu plan bidan terjun sahaja bermula pada sebelah petang selepas beberapa ketika matahari tergelincir dari atas kepala dan dilakukan tanpa sebarang bantuan alat navigator terkini. Yang menjadi petunjuk hanya beberapa keping kertas yang mana tercetaknya peta-peta kasar yang diperolehi ehsan dari google-map.

 Rintangan pertama kami adalah jalan-jalan berliku ditambah pula dengan jarak penglihatan yang terhad kerana cuaca yang bersalji, ditop-up pula dengan jalan yang agak licin. Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan panorama-panorama menarik perkampungan orang-orang tempatan di situ. 

Ketua ekspedisi bergambar kenangan bersama ‘jip’ kami sebelum berlepas.

Setelah hampir 2 jam ekspedisi, kami menemui petunjuk untuk menuju ke arah destinasi kami yang memerlukan kami keluar dari jalan utama dan mengambil laluan ke sebelah kiri atau hidari dalam bahasa Jepun. Oleh kerana waktu terbenamnya matahari hampir tiba dan kami belum menyettlekan solat Asar kami, maka kami memutuskan untuk singgah sahur solat Asar di masjid berhampiran. Sesungguhnya masjid tersebut adalah satu dari 2 masjid yg wujud di negeri yang kami berada itu. Juga berdasarkan peta di tangan kami, kami assume bahawa ‘Kashmir’ berada tidak jauh dari situ. Pada mulanya kami menjangkakan tidak akan mengalami sebarang masalah untuk sampai ke masjid tersebut kerana kedudukannya yang kacang senang dicari dalam peta kami, namun hakikatnya jangkaan kami itu meleset sama sekalai bak kata pepetah jauh panggang dari api. (wah kambing panggang…yum… yum…)

Gambar hiasan – kambing panggang.

Setelah melilau-lilau mencari jalan dengan dibantu petunjuk secara lisan orang-orang tempatan, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di masjid terbabit setengah jam sebelum terbenamnya mentari di ufuk barat. Cuaca ketika itu agak sejuk dengan hembusan angin musim dingin yang menampar tajam ke wajah kami. Masjid yang kami singgahi itu sederhana sahaja pembinaannya. Tetapi Masyaallah dalam set up yang cukup simple itu ia memancarkan mesej yang begitu agung secara begitu straight-to-the-point. Untuk menyelami maksud yang dimaksudkan sila rujuk kepada imej yang ke-2 dari atas.

Setelah selesai menunaikan solat Asar dan seterusnya Maghrib, kami meneruskan ekspedisi kami menuju ke ‘Kashmir’. Sebelum itu kami sempat menanyakan kepada penduduk Muslim tempatan akan cara dan kaedah untuk sampai ke Kahmir dari masjid tersebut. Setelah diberi penjelasan panjang lebar, maka kami pun berangkatlah dengan confidentnya. Namun kusangka cempedak rupanya nangka, ternyata Kashmir tidak semudah itu untuk dijejaki…

Sempatlah juga kami melilau-lilau dalam jalan sawah padi yang sempit itu.😆 Sekali lagi kami berhenti sekejap, kali ini di Circle-K untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas akan kaedah dan cara untuk sampai ke Kashmir. Ghuper-ghupernya (bak kata orang Peghak), dah dekat benar dah dari situ. Alhamdulillah setelah melakukan pelayaran selama beberapa minit, akhirnya kami berjaya sampai ke Kashmir Restoran.😀

Wajah luar Restoran Kashmir boleh dikatakan agak zuhud dari standard Jepun. Tetapi, jangan risau, kualiti makanannya – superb! Malam itu kami menjamu selera dengan sepuas-puasnya hingga hampir mencecah tahap tepu. Antara menu kami untuk rujukan anda semua (harap jangan terliur..yum..yum) ialah roti nan, nasi beriyani, tandoori chicken, chicken tikka masalla, butter masalla chicken, mutton curry dan tidak lupa juga chai (tea susu ala india). Oh ya..mereka juga menyediakan salad dan jus mango secara percuma kepada pengunjung. Untuk rujukan lebih lanjut anda boleh melihat sekilas lalu (kalau lama-lama kang takut terliur..) paparan-paparan dibawah ini. Enjoy the food pics!

Tandoori Chicken

Salad dan Mango Juice. (percuma)

Nan & Mutton curry.

Butter masalla - Umar's favourite.

Penutup majlis - Secangkir Chai.

 


Responses

  1. Assalamualaikum. Best tgk cerita2 tinggal kat Jepun. Nk tanya khabar ni lama tak update blog..Mcmana kat sana. Kawasan tmpat akak tinggal ade kene tempias tsunami tak?

    • Alhamdulillah sini selamat macam biasa. Sini jauh dari tempat kejadian gempa bumi, tsunami dan kebocoran loji nuklear.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: