Posted by: ummiabah | December 20, 2010

Salji Pertama

 

Salji pertama untuk musim sejuk tahun ni turun pada waktu petang.

Sila perhatikan gambar di atas… Sila perhatikannya dengan teliti…Sebenarnya, tak ada apa yang pelik mengenai gambar ni, melainkan kalau diperhatikan betul-betul, maka boleh dilihat banyak titik-titik putih dalam gambar ni. Makhluk apakah titk-titik putih itu? Sebenarnya ia adalah titisan-titisan salji, yakni salji pertama yang turun untuk musim dingin tahun ini. Salji pertama ni, dalam bahasa Jepun dipanggil ‘Hatsu Yuki’. (Yuki (雪) bermakna salji, hatsu (初) bermakna pertama)

Laluan di belakang rumah kami menuju ke parking area.

Umar dah tak sabar-sabar nak main salji.

Macam tahun lepas juga, salji mulai turun pada pertengahan bulan Disember, dan akan berlarutan hingga ke akhir bulan Mac. (Tapi taklah bermakna tiap-tiap hari turun salji..) Sekitar bulan Januari dan Februari, basanya sekitar kawasan JAIST akan diliputi warna putih, sebab salji-salji yang terkumpul dan tak sempat mencair lantaran suhu yang rendah.

Untuk menghadapi musim dingin ni, ada beberapa persiapan yang perlu dibuat. Menjelang musim dingin, para ibu-ibu akan mula menggeledah almari untuk mengeluarkan baju-baju musim sejuk. Selimut-selimut dan cadar pun perlu ditukar kepada yang lebih tebal dan panas. Heater-heater yang tersimpan akan mula dikeluarkan dari tempat simpanannya. Dan bagi mereka yang memandu, penukaran tayar dari tayar biasa kepada tayar musim sejuk perlu dilakukan.

Pakaian rasmi untuk musim sejuk si kembar.

Di Jepun ni tayar yang digunakan sebagai tayar musim sejuk ialah studless tyre. Tayar ni berbeza dari tayar biasa dari segi corak bunganya dan juga bahan yang digunakan untuk menghasilkannya. Pada permukaan tayar ni terdapat liang-liang kecil yang membantu mencengkam salji untuk mengelakkan dari tayar menggelincir bila melalui jalan bersalji. Getah yang digunakan untuk membuatnya juga berbeza dengan getah untuk tayar biasa. Getah ni perlu tahan suhu rendah, yakni tak menjadi rapuh(brittle) pada suhu rendah.

Tayar musim sejuk (kanan) berbeza dengan tayar biasa (kiri).

Tahun lepas, tayar kereta UmmiAbah ditukar sendiri dengan bantuan sahabat-sahabat Islam di JAIST. Tapi tahun ni, tukar di stesen minyak sebab terlepas masa operasi tukar tayar yang dilakukan diaorang. Nak buat sorang-sorang, mujahadah sikit… Caj yang dikenakan untuk ditukar tayar di kedai biasanya dalam lingkungan 3000 Yen. Tapi Alhamdulillah kami dapat murah, cuma 2600 Yen sahaja. Tunaiiii… 😀


Responses

  1. keluar masturat kat Jepun, boleh main salji.. heheh..

    • mai la cepat2 sementara ada lagi kat jepun ni.. 2 bulan lepas pun ada jemaah dari malaysia, keluar jepun & korea..

  2. Salam, Ummiabah, jika saya ingin ke jepun boleh saya berjumpa dgn en ummiabah. saya akan pergi seorang.

    • Boleh kalau dtg sekitar Kanazawa. Jangan lupa bawak cenderahati. (acah je)

  3. assalam umi abah masih di jepun kah?

    • Dah balik Malaysia hampir 2 tahun. 🙂

  4. salam. ummiabah. terima kasih ats perkongsian pglmn. ~ sy akan ke JAIST (NOV-DIS) ini. boleh dptkn sedikit nasihat bg persediaan ke sana. tq.


Leave a reply to ummiabah Cancel reply

Categories