Posted by: ummiabah | October 17, 2010

Perihal sayur

Learn about the future by looking at the past. (Tamil proverb)

Sayur. Tak semua orang suka makan sayur. Sesetengah orang langsung tak jamah sayur, pandang pun tak hingin. Tapi, sesetengah orang tu kalau takde sayur macam tak sah. Macam tak sempurna makan kalau takde sayur. (termasuk la Abahnya..)

Sebenarnya makan sayur ni bagus. Menurut kajian, orang yang tak makan sayur sebenarnya lebih senang terdedah kepada gejala obesity (kegemukan) berbanding orang yang banyak makan sayur.

Umar, Alhamdulillah setakat ni tak memilih makanan. Asalkan sedap dan kena selera dia, dia akan makan. Setakat ni dia makan aje segala jenis sayur yang UmmiAbah beri. Tapi, dalam banyak-banyak sayur-sayuran tu, yang dia paling suka ialah timun mentah. Dia suka ratah macam makan snek.. (Tahukah anda timun sebenarnya termasuk dalam keluarga buah-buahan dalam ilmu botani, tapi secara umumnya dikategorikan sebagai sayur!)

'Kyuuri' yakni timun yang biasa dijual kat sini.

Timun di Jepun ni biasanya merujuk kepada sejenis timun yang dipanggil ‘kyuuri’ yang bewarna hijau pekat dan saiznya pula lebih kecil (diameter dalam 2-3 cm) berbanding timun yang biasa lihat di Malaysia yang lebih besar dan cerah warnanya.

Rupa timun yang biasa dijual di Malaysia.

Sayuran lain yang biasa didapati diMalaysia dan juga terdapat di Jepun – tapi lain sikit ialah daun sup. Daun sup atau dipanggil ‘serori’ dalam bahasa Jepun, biasanya dijual dengan batangnya sebagai main, bukannya daun. Mungkin lebih sesuai dipanggil batang sup – bukan daun sup. Hu hu… Lagi satu, saiznya juga agak gedabak sikit. Oleh sebab itu, bila beli dan dah gunkan daunnya untuk dimasukkan dalam sup, jenuh kena fikir apa nak buat dengan baki batangnya….🙄

Daun sup yang biasa dijual di pasaraya-pasaraya kat sini. Lebih batang dari daun..

Dan bagi mereka yg suka makan cili padi, kat pasaraya di sini (kat tempat kami) memang tak dapat jumpa cili padi. Cili besar pun ikut musim. Yang istiqamah ada – lada benggala yang warna hijau (dipanggil ‘piman’) yang mempunyai tahap kepedasan pada tahap kanak-kanak tadika.😆

Encik 'Piman' aka Lada benggala.


Responses

  1. Anak2 yop baru jinak nak makan sayur…masih ditahap 40%…cukup2 lulus

    • Like.. (ehsan: facebook)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: