Posted by: ummiabah | October 13, 2010

Kembali

Sekarang cuaca di Jepun sudah mula dingin. Daun-daun pohon momiji (maple) di sepanjang jalan yang memisahkan kampus JAIST dengan blok-blok kediaman staff sudah mula bertukar warna kepada warna merah. Sudah hampir 3 minggu UmmiAbah sekeluarga kembali semula ke Negara Matahari Terbit ni. Kembali dari percutian balik beraya Aidil Fitri di Malaysia – yang juga merupakan pengalaman pertama bagi Sofiyya dan Surayya di Malaysia.

Musim luruh sudah mula menampakkan wajahnya di JAIST.

Sesungguhnya pengalaman melakukan travel dengan 3 orang anak kecil amat mecabar fizikal, mental dan emosi seorang manusia biasa seperti kami….😦

 Bagi perjalanan menuju ke Malaysia, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari Komatsu stesen ke Kansai Airport stesen dengan keretapi dan seterusnya menaiki penerbangan dari Kansai International Airport ke KLIA dengan Malaysia Airlines. Baby cot yang direquest masa beli tiket juga turut disediakan oleh MAS. Walaupun, hanya satu aja yang diprovide dan terpaksa dua beradik tu bergilir-gilir, sememangnya baby cot tu banyak membantu sepanjang dalam flight

Surayya sedang menggunakan perkhidmatan baby cot.

 Sementara itu, perjalanan kembali semula ke JAIST lebih mencabar sikit dek kerana kondisi sistem pembuangan Surayya dan Sofiyya yang tak berapa stabil..Dapat buah tangan dari Malaysia – kena cirit-birit masa balik beraya kat Malaysia.. 

Selamat sampai di Kansai Airport dari KLIA.

Kejap-kejap dah melepas ..Kalau melepas biasa , OK lagi ni bahan buangannya mengandungi kandungan cecair yang tinggi… Penat UmmiAbah dibuatnya, terpaksa salin pakaian sekali..Dan sebab perut meragam tu juga mood diaorang pun tak berapa OK, asyik nak meragam…

Sekarang Alhamdulillah lepas makan ubat dan mengikut diet yang diarahkan oleh doktor (Tahukah anda bayi yang cirit birit kena pantang, tak boleh diberi susu!) keadaan mereka dah hampir pulih.. Cuma si Surayya progressnya lambat sikit sebab dia sangat setia kepada susu, segala minuman lain dia minum sikit buat hilang dahaga, lepas tu reject

Terpaksa Umminya menggunakan helah dengan mencampurkan air biasa dengan sejumlah minimal susu tepung, supaya air tu berubah warna kepada warna susu…..ilusi optik gitu. Dan banyakkan suap makanan pejal (nasi etc) supaya diaorg ni rasa kenyang dan kurang bergantung dengan susu. Macam si Surayya ni, dia gemarkan pisang. Dan Alhamdulillah setelah beberapa kali pengambilan pisang, pembuangan dia pun dah nak kembali normal. Syukurrr….

Kembali ceriaaa..


Responses

  1. Alhamdulillah…pak yop doakan kedua2 anak saudara ni sihat cepat…

    • Mekasihhhh・・・


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: