Posted by: ummiabah | August 23, 2010

Nama dan Harapan

Nama orang-orang Jepun terdiri dari 2 perkataan, iaitu nama keluarga dan nama individu tersebut. Contohnya, Yamamoto Hiroki (山本 浩樹), di mana Yamamoto merupakan family name dan Hiroki adalah nama yang diberikan semasa dia lahir. Biasanya di Jepun, nama adalah dalam turutan berikut: family namegiven name.  Kalau pergi abroad biasanya mereka akan terbalikkan. So, contohnya kalau dalam Jepun dia dipanggil Yamamoto Hiroki, kalau luar negara dia akan pakai nama Hiroki Yamamoto. 

Kawan Abahnya - Yamamoto-san masa datang kenduri kahwin UmmiAbah. Kereta kat belakang tu kereta sulung kami.

Family name, of course tak akan berubah sejak beratus-ratus tahun, tapi given name biasanya akan berubah mengikut trend zaman tersebut. Berdasarkan kajian statistik seperti yang dilaporkan oleh syarikat Benesse, nama yang paling popular, iaitu paling ramai dinamakan kepada bayi-bayi untuk tahun 2009 ialah Hiroto 【大翔】untuk bayi lelaki dan Rin【凛】untuk bayi perempuan. Berikut adalah top 5 nama-nama untuk bayi lelaki dan perempuan bagi tahun 2009:

①       Hiroto

②       Syou-ta

③       Ren

④       Souta

⑤       Sora

Girls pula….

①       Rin

②       Sakura

③       Hina

④       Yuwa

⑤       Yuna

 Untuk bayi lelaki, kebanyakan nama yg popular bercirikan keluasan, lapang, tidak rigid. Biasanya nama-nama dipilih dipengeruhi oleh keadaan semasa samada ekonomi atau sosial. Mengikut ulasan syarikat ni, oleh sebab keadaan ekonomi Jepun yang suram maka banyak ibu-bapa memilih nama yang bercirikan lapang dan luas dengan harapan kesempitan tu dapat dihadapi dengan hati yang lapang.. 🙄

Bunga sakura - berkembang selepas musim sejuk menandakan tibanya musim yang lebih ceria.

Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan nama yang popular adalah bercirikan bunga yang berkembang dalam keadaan cuaca yang sukar, dengan harapan anak-anak mereka berkembang cantik walau dalam keadaan dunia yang sukar… 

Umar- nama sahabat (r.a) yang tegas berpegang pada kebenaran. Rifqi - lemah lembut.

Anak-anak Ummiabah pula, biasanya 6 bulan sebelum lahir dah start pilih nama. Tapi, biasanya akan confirm dalam sebulan sebelum lahir….Biasanya nama disediakan berdasarkan jantina yang dilihat masa scan di klinik/hospital. Setakat ni Alhamdulillah semuanya keluar seperti yang kelihatan masa scan. Macamanapun kena jugak bersedia in case tersalah scan. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Almas - berlian. Sofiyya - Suci.

Almas - berlian. Surayya - Bintang tujuh. Dalam bahasa Jepun, bintang tujuh dipanggil 'Subaru'!

 


Responses

  1. Tak sabar nak jumpa semua Sabtu ni…

  2. owh begitu yer cara letak nama japanese…

    kalau indian nama belakang tu bawak ke depan n then tinggal huruf pangkal je contohnya m.kumaresan . nama penuhnya kumaresan m????? (x tau lak apa;p) …

    ok le tu…kome pandai pilih nama,kebetulan lak leh sama dua2 nama dgn anak2 kak linda New Zealand … hehehe..ejaan je laen


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: