Posted by: ummiabah | August 12, 2010

Ramadhan Yey!

Semalam bermulalah Ramadhan ke-2 kami di Jepun. Seperti tahun lepas, tahun ni pun Ramadhan jatuh pada musim panas.. Dugaannnn.. Sekarang ni waktu syuruknya sekitar pukul 3.20 am dan waktu berbukanya dalam 6.50 pm. Waktu berpuasanya selama 15 jam setengah. Tapi oleh sebab sekarang ni dah semakin menuju ke arah musim luruh, jadi waktu maghrib pun setiap hari semakin awal. Alhamdulillah…

Celamatt berpocaaa..ihik ihik dari Sofiyya

Celamat berpoca...nyam nyam.. dari Surayya.

Hari pertama puasa, sahur dengan nasi+nattou aje. Nattou (納豆) ni sejenis makanan harian rakyat Jepun yang diperbuat daripada kacang soya yang direndam dalam air, direbus , kemudia diperam selama satu hari dengan sejenis bakteria khas. Nattou ni ada fizikalnya melekit-lekit macam kacang bendi tu, dan mempunyai rasa yang tersendiri – orang putih kata acquired taste, kalau orang yg tak biasa mungkin tak boleh makan. Kebiasaannya nattou ni dimakan sebagai breakfast. Antara khasiat2nya Insyaallah boleh merendahkan tahap kolesterol, dan mencegah obesiti.🙄

Yang warna perang tu natto...Kacau hingga sebati...Bismillah!

Nattou ni boleh dibeli di pasaraya2 dalam bentuk paket-paket kecil. Nak makan, ceduk nasi panas-disyorkan nasi beras Jepun, buka natto atas nasi, letak atas nasi, pecahkan sebiji telur atas nattou, hiris sayur (daun bawang atau bendi rebus), masukkan sedikit kicap cair. Ambil sudu, kacau semua sekali sehingga sebati – Selamat makannn…

Hari pertama buka puasa, makan mee goreng biasa aje.. Kurma masa berbuka, makan kurma Tunisia yang dibeli secara online. Kurma Tunisia ni sedap, tak tahu nak gambarkan dengan perkataan tapi rasanya ada rasa-rasa buah, bukan manis semata-mata. Nak tahu macamana kenalah makan sendiri…   :)

Saya azam untuk mula puasa, 3 tahun akan datang..


Responses

  1. if only this was in English i could read this.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: