Posted by: ummiabah | July 27, 2010

Panasss…

Waktu senja di musim panas di kawasan kedai 10 minit dari JAIST.

Sekarang ni kat sini, tengah kemuncak musim panas. Musim panas tahun ni, nampaknya lebih panas berbanding tahun lepas. Alhamdulillah, nasib baik rumah kami dah ber ‘air-con’, jadi boleh la tarik nafas sikit sebab kalau hanya setakat kipas, rasanya teruk jugak nak mengharungi dugaan musim panas tahun ni. (Itu belum panas akhirat lagi!..) Suhu sekarang ni lebih kurang macam Malaysia atau mungkin lebih sikit. Tapi, kalau di Malaysia masih boleh bertahan, kat sini tak boleh tahan… Mungkin disebabkan dari segi kelembapan udara, di sini lebih dry –sebab tu terasa keterikannya lebih sikit. Atau sebab sinaran UVnya lebih kuat kat sini…?

Anak-anak malang yang terpaksa disemi-kuarantinkan, bagi mengelakkan mereka terlepas ke kawasan panas.

Lepak dekat ruang rehat basement bangunan akademik pada hari Ahad yang panas.

Oleh sebab tu, biasanya budak-budak kat sini semuanya keluar dengan bertopi untuk megelakkan hyperthermia yang berpunca dari keterdedahan berlebihan kepada cuaca/sinaran panas matahari. Tiap-tiap hari ada je berita berapa orang masuk hospital sebab hyperthermia ni.

Masa di taman City Hall pergi berdua dengan Abahnya.

Oleh sebab itu kalau kami nak keluar rumah biasanya kena tunggu hingga matahari jatuh sikit, bila dah kurang sikit teriknya. Itupun, kalau naik kereta air-con akan diputarkan ke tahap maksima! Biasanya, Kalau ada peluang UmmiAbah akan bawak bebudak ambik angin kat taman bila petang sikit. Petang Ahad lepas, kami ke Taman Yu-Yu sebab Umar demand nak main bola. Umar yang paling enjoyed sekali sampai berpeluh-peluh macam mandi. Lepas tu sekeluarga berkelah dalam kereta makan telur rebus dan jus oren/epal. Of course dalam suasana ber ‘air-con’. Yum.. yum…

Alhamdulillah berguna juga stroller ni...

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: