Posted by: ummiabah | July 14, 2010

‘Pembantu rumah’

Treat your family like friends and your friends like family.

Baru-baru ni, UmmiAbah sekeluarga telah mendapat pembantu rumah. Pembantu rumah ni mempunyai pengkhususan dalam bidang memasak. Dan dalam bidang memasak pula, pengkhususannya ialah bakery. Tahap kemahiran dia sangat tinggi. Sebut aje apa jenis roti dari roti Bengali ke roti Perancis, segala macam kek, termasuk tapak piza, semuanya pejam mata je dia boleh buat. Walaupun dengan kemahiran yang sebegitu rupa, beliau ni sebenarnya tak pernah pun  mengambil sebarang kursus memasak, apatah lagi mempunyai kelayakan Ijazah dalam Culinary Arts and Management dari UiTM. Tapi macamana pula dia boleh pandai memasak? Sungguh misteri nusantara, tuan-tuan dan puan-puan..

 Apa-apa pun, marilah kita lihat hasil sulung masakannya yang berjudul ‘Roti Bantal Gebu Bersalut Warna Perang Keemasan’. 

Inilah rupa 'Roti Bantal Gebu Bersalut Warna Perang Keemasan'.. Nampak sedap kan..

Roti yang sama setelah menjalani proses 'pembelahan'.

Setelah menyaksikan karya sulung beliau, sudah tentu perasaan ingin tahu anda sekarang semakin meluwap-luap untuk mengenali beliau. Orangnya kecik molek, tingginya sekitar 30 cm, kulit cerah. Tanpa melengahkan masa, diperkenalkan inilah dia ‘Houmu Baakeri Fukkura Panya-san HBH-100’ dari MK Seikou!

 Jeng…

Jeng…

Jeng…

Beliau yang dimaksudkan. Kecik molek aje...

Bergambar kenangan bersama hasil masakan sulungnya.

 


Responses

  1. haihh…kami ni gile roti gak…
    setakat gardenia jumbo tuh sehari dua je leh abis…ramai ‘piranha’ yg sambar..:p

    harus dptkan pmbantu ni juge nmpk gayanye

  2. betoi tue..harus harus..senang je pmbantu nie..tau tau je dah siap…enak d mkn begitu saje…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: