Posted by: ummiabah | June 30, 2010

Majlis Meraikan Pelajar Baru

Ahli-ahli Y Laboratory pada hari graduasi pelajar-pelajar Master yang berlangsung awal tahun ini.

Pada Sabtu lepas majlis meraikan pelajar-pelajar ijazah Master yang baru untuk Y laboratory yang diterajui oleh Prof. Y yang juga merupakan supervisor Abahnya telah diadakan. Majlis secara kecil-kecilan itu  telah diadakan di dewan umum yang terletak 1 minit jalan kaki dari rumah kami. Ya! tempatnya terletak di ground floor blok 2 yang bersebelahan dengan blok kami tinggal dan boleh nampak dari koridor rumah kami. Tahun ni ada 6 orang pelajar baru (Master Tahun. 1) di Lab. Y, yang terdiri dari 5 lelaki dan 1 perempuan.

Upacara bakar-membakar yang berlangsung di corridor dewan yang menghadap ke taman.

Mereka ni sebenarnya telah memasuki JAIST pada bulan April lalu, tetapi laboratory di mana mereka akan melakukan research hanya akan ditentukan pada bulan Jun selepas proses pemilihan yang berdasarkan keputusan exam mereka untuk Semester 1-1 berlangsung. Sistem di JAIST ni ada 4 semester, dimana Semester 1 dan 2 dibahagikan lagi kepada Sem. 1-1 , 1-2 dan Sem. 2-1- dan 2-2.

Umar dalam dunianya sendiri. Bawah kerusi pun jadi!

Umar sedang melakukan aktiviti 'bermain'. Hari tu Umar basah lenjun dengan peluh dan lepas balik rumah terus zzzz...

Menu majlis hari tu ialah barbeque. Oleh kerana dalam lab tu ada 2 orang pelajar muslim beserta keluarga maka pihak penganjur turut menyediakan seafood seperti udang, tiram etc. Selain itu kami juga turut meng‘order’ sendiri ayam halal untuk dibuat barbeque. Bagaimanapun UmmiAbah macam makan tak makan sebab terpaksa lebih concentrate kat Sofiyya dan Surayya yang tak mahu didukung oleh insan lain kecuali ummi dan abah mereka…Hu hu hu..😦

Seorang ibu sedang sibuk melayan anak-anaknya hingga tak sempat nak layan makan...


Responses

  1. Ibu dan abah yg penyayang….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: