Posted by: ummiabah | June 23, 2010

Khabar si kembar

Anak-anak UmmiAbah sedang mendemonstrasikan cara meminum susu gaya berdikari.

Beberapa hari lagi, Sofiyya dan Surayya akan genap 11 bulan. Bermakna lagi satu bulan nak setahun. Muka diaorang pun dah lain langsung dari masa lahir dulu. Dua-dua dah semakin comel, cute, mengancam dsb. Menurut Umminya, rupa Sofiyya lebih ayu, menurut Abahnya pulak rupa Surayya lebih comel…😕

Depan - anak Abah? Belakang - anak Ummi?

Suatu perkembangan lain yang agak menghairankan ialah, dalam sebulan dua kebelakangan ni rambut mereka berdua ni semakin hari semakin berkerinting terutamanya si Surayya. Patutlah tunggu punya tunggu tak juga panjang-panjang! Terpaksalah ditebas potong sedikit supaya rambut lebih sihat dan cepat panjang, berdasarkan teori Umminya yang masih belum teruji kesahihannya. 

Surayya (kiri) ada iras-iras sepupunya, Munirah (kanan)...

Sofiyya - ada iras Abahnya masa kecik...tapi gambar takde..huk huk

Tetapi perkara yang paling memberangsangkan ialah pertumbuhan gigi diaorang. Kedua-duanya dah ada 8 batang gigi; 4 atas dan 4 bawah. Dari segi makan, kedua-duanya Alhamdulillah berselera. Selain daripada susu, biasanya dalam sehari tu Umminya akan beri sekurang-kurangnya sekali bubur nasi atau nestum. Selain tu diaorang ni suka makan biskut bayi ala Jepun. (Biskutnya ringan, rasanya pun tawar dan akan melembut dalam mulut)

Biskut bayi Jepun - perisa sayur. Rangup dan ringan.


Responses

  1. RUPA MEREKA SEAKAN RUPA MUNIRAH…INSYA’ALLAH JUMPA NANTI

  2. comeynyerrr wiwin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: