Posted by: ummiabah | June 17, 2010

Klinik Kanak-kanak

Mula-mula hanya luka kecil mungkin sebab kulit kering aje...

Minggu lepas, Abanhnya telah bawa Umar ke klinik kanak-kanak berdekatan – Klinik kanak-kanak Kawakita ni adalah klinik swasta yg terletak dalam sepuluh minit dari rumah. Sebabnya, kat pipi kanan Umar ni, naik merah-merah. Mulanya, kecik aje macam luka sebab kering, tapi dah semakin lama semakin merebak..dah jadi macam kudis pula..Dalam masa tak sampai seminggu!😯 Nasib baik kesihatannya dia OK aje, tak ada demam atau panas. 

Pintu masuk klinik kanak-kanak Kawakita.

Sebenarnya, ini adalah first time pergi ke klinik ni. Masa kami sampai, keadaannya lengang dengan hanya seorang dua pesakit yang menunggu. Maka kami pun menuju ke kaunter untuk mendaftar. Masa nak daftar di kauter, nurse pun minta kad insuran kesihatan..Innalillah..terlupa pulak nak bawak… Kalau tanpa kad insuran kena bayar full charge, jadi bergegas patah balik kerumah..Nasib baik dekat aje. 

Umar sedang me'ngonquer' set permainan Thomas yang disediakan di ruang menunggu.

Tempat menunggu klinik ni best. Dilengkapi dengan ruang menunggu yang lapang dan selesa lengkap dengan tempat duduk bersofa. Ada meja permainan keretapi yang menjadi favourite Umar. Ada TV – pun tayang cerita kegemaran Umar –Thomas and friends. Umar pun seronok bermain dan dalam 10 minit menunggu dah sampai giliran kami. Doktornya lelaki. Dari penerangan dia, sakit kulit macam yang Umar hidapi sekarang ni memang lazim berlaku terutama bila masuk musim panas dan ianya disebabkan oleh kuman (hama?bakteria?) yang mudah merebak pada musim panas.  Dalam bahasa Jepun dipanggil Tobihi (literal translation – Percikan Api!) Tak pasti pula samada sama dengan kudis buta di Malaysia.. Doktor tu bagi prescription dua jenis ubat telan dan satu ubat sapu..Alhamdulillah. 

TV di dinding pun sedang menayangkan cerita Thomas & Friends.

Tapi di Jepun ni, ubatnya kena pergi beli sendiri di farmasi. (BTW, charge untuk ubat dan hospital untuk kanak-kanak boleh diclaim balik dari city council tempatan). Selepas ambik ubat di farmasi Shimeno yang terletak di Tatsu-no-Kuchi, kami telah pergi ke kedai buku di seberang jalan dan bawa balik 3 buah buku. 1) Buku mini dilengkapi bunyi tentang Thomas and Friends pilihan Umar sendiri, 2) Buku cerita Anak Itik yang Huduh. 3) Buku panduan membuat pelbagai macam origami. (Origami = Seni lipatan kertas) 

Koleksi buku yang sempat dibeli pada hari tu.

Alhamdulillah hari ni hari ke-6 Umar menjalani rawatan…Nampaknya kesannya agak positif dan memberangsangkan. Luka di bahagian muka dah hilang dan kawasan yang merah-merah dan berair semua dah kering.. Moga Umar kembali pulih sepenuhnya dengan secepaat mungkin. Aaminnn..


Responses

  1. Semoga Umar terus sihat bersama2 adik2nya yg tercinta…..jumpa nanti bulan puasa..

    • Alhamdulillah semua sihat2 belaka… Nanti belanja le kami makan burger yang sedap kt Parit Buntar tu…

  2. akum,sihat blako hendaknya kata nak balik kg ada masa balik kelate kalu de la

    • waalaikummusalam. insyaallah… meme doh rindu sengoti nok kelik kelate wei..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: