Posted by: ummiabah | June 12, 2010

Tetamu separa diundang

Rumah kami di JAIST berada di tingkat paling bawah..

Minggu ni rumah kami telah dicerobohi masuki oleh beberapa orang pakcik tua Jepun. Diaorang tu masuk bukanlah bertujuan untuk mencuri atau saja datang ziarah, tetapi untuk satu tujuan yang dinanti-nantikan oleh kami.

Apakah itu… Suspen…🙄

 …

 …

Sebenarnya diaorang tu datang ke rumah kami untuk pasangkan air-cond kat rumah ni. Air-cond ni merangkap juga heater, yakni 2 dalam 1. For some reasons, pihak pengurusan JAIST telah memutuskan untuk menggantikan semua room heater dengan heater merangkap air-cond ni. Berpeluanglah kami menyambut musim panas tahun ni di dalam cuaca yang dingin lagi nyaman, Insyallah.. Tahun lepas kami hanya bertemankan kipas aje. Tapi sebenarnya, kipas aje pun dah OK (berdasarkan musim panas tahun lepas) tapi dah orang dah nak bagi…terpaksalah ambik… 🙂

Kelihatan setiap rumah di blok kami yang telah siap dipasang air-cond.

By the way, sebenarnya musim panas kat Jepun ni suhunya lebih panas pada Malaysia (bergantung pada tempat), dan boleh naik hingga nak mencecah 40oC! Tapi, Alhamdulillah kat JAIST ni tahun lepas hanya sekadar 31-32 lebih kurang sama macam Malaysia..Satu lagi yang significant dalam musim panas ni ialah keluarnya makhluk-makhluk terbang…hi hi hi iaitu serangga-serangga yang kadang-kala tersesat masuk dalam rumah. Lebih memburukkan keadaan bila tuan punya rumah (identiti dirahsiakan) tu adalah seorang yang insectophobia a.k.a penakut serangga. Kelam-kabut lari tak cukup tanah.😆

Surayya dan Sofiyya - lahir dalam musim panas..tak lama lagi dah nak masuk musim panas semula.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: