Posted by: ummiabah | May 31, 2010

Suntikan tak berbisa

Hoju Memorial Hospital - Imej dari helikopter.😀

Hari Rabu lepas, ummiabah telah bawa Sofiyya dan Surayya ke Hoju Kinen Byouin (Hoju Memorial Hospital) yang terletak berdekatan dari JAIST – sekitar 15 min perjalanan. Tujuannya untuk mendapatkan suntikan immunisasi bagi Sofiyya dan Surayya. Setakat ni, mereka ni baru cuma selesai suntikan BCG. Itu pun dah 5 bulan yang lepas. Masa cucuk BCG, Alhamdulillah diaorang tak ada demam ke apa. Macam tak ada apa-apa walupun tempat suntikan tu berbekas macam kena cop mohor. Sebabnya suntikan BCG kat sini tidak menggunakan jarum biasa, tapi menggunakan sejenis alat khas seakan cop…Suntikan kali ini ialah suntikan immunisasi 3 serangkai (DPT) untuk kali pertama dari 3 siri suntikan. [DPT – Diphteria, Pertussis (Batuk kokol), Tetanus (Kancing gigi)]. 

Jarum(?) untuk suntikan BCG. Lepas kena, ada cop mohor kat bahu.

Oleh sebab kami tak ada buat temujanji sebelum tu, maka kami kena sampai di hospital sebelum pukul 11 pagi. Kalau lebih dari 11 pagi biasanya untuk mereka yang dah buat temujanji terlebih dahulu. Hari tu, Umar bangun lewat sikit, jadi terpaksa tunggu dia bangun baru boleh bertolak. Kesimpulannya tup tap tup tap dalam pukul 10.30am baru kami ‘berjaya’ bertolak dalam hujan renyai-renyai. Alhamdulillah masa sampai di hospital ada 10 minit lagi sebelum kaunter pesakit luar ditutup. Tapi yang tak bestnya kami aterpaksa menunggu lama iaitu dalam 2 jam.

 Walaupun menunggu lama, Alhamdulillah, nasib baik ketiga-tiga tak ada buat hal. Tempat menunggu untuk wad kanak-kanak tu ada TV (masa tu siaran Bob the builder cakap Jepun) dan banyak buku-buku cerita. Sekurang-kurangnya, dapatlahlah lalikan Umar supaya dia tak bosan sangat menunggu. Dah puas tengok TV, tengok buku cerita, jalan-jalan maka kami terperasan rupanya ada sudut/ruangan bermain yang mana sebelum ni kami tak perasan sebab kedudukannya yang paling hujung dan terpisah dari kami. Akhirnya kami sekeluarga berkampung di sudut bermain tu sampailah giliran Sofiyya dan Surayya tiba. Umar sampai tak nak balik sebab ada macam-macam mainan kat situ!

Kakak - menangis 30 saat je.

Adik - menangis 3 minit.

Sesi suntikan berakhir dalam sekelip mata aje. Rasanya tak sampai 5 minit pun jumpa doktor. Doktor suruh pegang bayi, dia angkat baju, lepas tu cucuk. Umminya pegang Sofiyya dan Abahnya pegang Surayya. Suntikan kali ni menggunakan jarum biasa, tak seperti masa suntik BCG. Kedua-duanya menangis masa kena cucuk. Tapi Sofiyya menangis sekejap, tak sampai 30 saat terus OK, Surayya menangis lama sikit, dalam 3 minit baru OK. Tempat kena cucuk tu nurse tampal plaster untuk tahan darah. Masa kat rumah esoknya masa nak mandikan diaorang baru perasan, rupannya plaster tu bukan plaster biasa tapi plaster bergambar Anpan-Man! 

Plaster ada gambar Anpan-Man!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: