Posted by: ummiabah | May 19, 2010

Awan Cantik

Every cloud has a silver lining - Dalam setiap kesusahan yang menimpa pasti akan disusuli dengan kesenangan.

Musim sekarang ni, kalau keluar rumah pada hari yang cerah UmmiAbah suka tengok ke langit. Bukannya sebab ada pertunjukan akrobatik udara ke atau ada acara payung terjun ke, sebabnya UmmiAbah suka memerhatikan awan-awan di langit. Awan-awan kat sini nampak macam rendah aje seolah-olah boleh dipanjat menggunakan tangga. Adakah awan-awan ni memang rendah atau cuma nampak je rendah sebab kedudukan JAIST ni yang terletak di kawasan tinggi…? Lagi satu, awan-awan ni nampak menarik dengan bentuk yang berketul-ketul dengan warna putih dan berlatar-belakangkan langit yang membiru.

Awan yang kelihatan dari tempat letak kereta.

Jalan menuju ke kedai JAIST.

Masa di sekolah menegah dulu memang ada belajar jenis-jenis awan ni yang berbeza-beza bentuknya, tapi bila UmmiAbah baca-baca semula kat internet, baru tahu bahawa setiap jenis awan-awan ni ketinggiannya (jarak dari permukaan bumi) berbeza-beza antara satu sama lain.  Yang rendah, ada yang kedudukannya kurang dari 6000 ft (kaki) dari permukaan bumi. Untuk perbandingan, tinggi Gunung Kinabalu ialah 13453 ft sementara Gunung Fuji ialah 12388 ft. (BTW, kalau dalam Bahasa Jepun, Fujisan tu bermaksud Gunung Fuji, jadi dalam BM, nama yang betul ialah Gunung Fuji bukan Gunung Fujisan) Tu pasal bila orang mendaki gunung dia boleh lihat awan berada di bawahnya. Awan-awan dari jenis yg rendah rupanya…Sebaliknya awan yang tinggi, ada yang lebih tinggi dari 18,000 ft hingga ke 50,000 ft. 

Jenis-jenis awan.

Berdasarkan rajah kat atas ni, yang UmmiAbah nampak macam dekat aje dengan bumi dengan bentuk berketul-ketul tu kemungkinan besar ialah awan dari jenis Cumulus atau pun Cumulonimbus. Awan jenis apakah yang anda nampak di tempat anda hari ini? Sila lihat di langit dan jangan lupa ucapkan Subhanallah!

Bangunan di belakang tu adalah blok rumah kami. Perhatikan saiz awan yang kelihatan!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: