Posted by: ummiabah | May 14, 2010

Buku cerita

Kata pakar, salah satu cara nak menanam semangat suka membaca pada kanak-kanak, ialah dengan cara mendedahkan mereka kepada buku-buku sejak dari kecil lagi. Biasanya UmmiAbah akan belikan Umar buku yang ada banyak gambar sebab semua orang tahu budak-budak ni suka tengok gambar. Buku bergambar tu boleh dikatakan fasa pertama buku untuk budak-budak. Dengan cara ini dia ada timbul minat dengan buku. Oleh sebab Umar ni suka bebenor dengan machine terutamanya keretapi maka banyak buku-bukunya juga berkaitan dengan keretapi. 

Beginilah rupa seorang peminat setia keretapi.

Kemudian, kat sini Abahnya ada belikan juga untuk Umar buku yang bercorak ‘akademik’ sikit. Tak adalah belikan dia buku encyclopedia, cuma ada belikan buku mengenal nombor aje. Buku-buku ni bercorak latihan dan permainan, dimana akan diperkenalkan contohnya nombor 1 hingga 3 sahaja dalam satu buku tu. Kemudian level atas sikit, dari 1 hingga 10 dan seterusnya. Dalam buku ni ada banyak gambar kartun serta pelekat supaya budak-budak tak jemu. 

Sofiyya. Bayi belajar mengenal bentuk menerusi permainan.

Surayya. Walker boleh membantu bayi mengekplorasi segenap ceruk dalam rumah.

Setakat ni Umar ni dah kenal nombor-nombor 1 hingga sepuluh. Begitu juga huruf-huruf A hingga Z. Cuma dia tak boleh atur dengan betul susunan dari A hingga Z. Mengenal huruf ni dia banyak belajar online samada menerusi YouTube atau website-website mengenal ABC yang banyak terdapat secara percuma dalam internet. Selepas ni UmmiAbah nak kenalkan dia dengan Alif, Ba, Ta pulak. Setakat ni ada jugak test dia sikit-sikit. Pandai juga dia sebut walaupun ada pelat budak-budak. Maklumlah Bahasa Arab ni kaya dengan consonant. (Terbalik dengan Jepun yang sangat kurang dengan consonant dan amat mudah disebut…) 

Alif Ba Ta, permulaan Bahasa Arab.

Berbalik pasal buku, dalam banyak-banyak buku Umar, ada 2 buah buku yang dia paling suka. Kedua-dua buku ni berkonsep sama iaitu kedua-duanya adalah buku cerita. Nampaknya si Umar ni dah nak melangkah ke fasa seterusnya, dari buku bergambar ke buku cerita. Malangnya itulah satu-satunya (dua-duanya?) buku bercorak cerita yang dia ada. Kedua-duanya Abahnya beli di kedai buku di sini, jadi kedua-duanya dalam Bahasa Jepun. Oleh sebab itulah setiap kali dibaca (oleh Abahnya) maka ceritanya akan bertukar mengikut mood si pembaca.  :lol: 

Buku cerita kegemaran Umar: Gordon dipenuhi selut.

Buku yang pertama ialah salah satu buku dari siri buku Thomas and Friends. Buku ni dia paling suka sebab ada banyak gambar ‘keretapi ada mata’ (merujuk kpd keretapi Thomas dan rakan-rakan) yang berwarna-warni. Ceritanya berkisar tentang Gordon yang tak suka mandi hingga menyebabkan badannya busuk dan akhirnya tidak dibenarkan mengambil penumpang. Yang bagusnya buku ni bercorak pengajaran, yang mana dalam buku ni moralnya ialah – mandi dan membersihkan diri itu penting dan baik untuk anda. Semenjak bacakan dia cerita si Gordon ni, rasanya masalah liat nak mandi tu dah tak ada lagi. Alhamdulillah… 

Mukasurat terakhir: Gordon dah insaf.

Buku yang satu lagi unik sikit sebab buku ni boleh bertukar (macam transformer tu) dari bas kepada buku. Cerita dalam buku ni simple aje iaitu tentang trip Mr. Anpan Man (En. Kuih Pau) dan rakan-rakan menuju ke taman permainan. Buku ni dia sendiri yang pilih. Mungkin dia suka sebab buku ni mampu bertukar kepada bas! Awal-awal dulu siap bawa masuk tidur sama lagi tu.

Dari bas....

.....menjadi buku!

Insyaallah kalau berpeluang balik ke Malaysia nanti, UmmiAbah bercadang nak belikan buku cerita dalam Bahasa Malaysia untuk Umar begitu juga buku-buku cerita yang bercirikan keIslaman. Kalau siapa-siapa mak-mak saudara atau pak-pak saudara tu yang rasa nak hadiahkan, kecil tapak tangan Dataran Merdeka kami tadahkan.

Stadium Wembley. Sekadar gambar hiasan.


Responses

  1. amboiiii… dataran merdeka tu.. xmo kalah sgguh… nk mnx sponsor upenye disebalik entry ni.. insya allah de rezki nnt de la agi buku2 utk si umar tu…. hahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: