Posted by: ummiabah | April 14, 2010

Sakura

Kuntum sakura (April, 2010 - JAIST)

Kalau sebut sakura, agaknya hampir semua orang boleh imagine dalam kepala masing-masing imej bunga yang bernama sakura ni, walaupun orang yang tinggal kat kampung pedalaman sekalipun. Sakura adalah sejenis bunga yang cukup sinonim dengan negara Jepun. Sakura atau cherry blossom dalam bahasa Inggerisnya sebenarnya terdapat dalam pelbagai jenis spesis dan warna di Jepun ni. Ada yang keputihan, ada yang pink dan ada yang kemerahan. 

Sakura dari spesis bewarna pink. (April, 2010 - JAIST)

Sakura dari spesis yang bewarna lebih putih. (April, 2010 - JAIST)

Sakura akan mula berkembang bila suhu sudah semakin panas iaitu pada awal musim bunga. Oleh sebab itu sakura yang tumbuh di selatan akan berkembang lebih awal dari yang tumbuh di utara sebab suhu di kawasan selatan pada umumnya akan lebih cepat naik berbanding suhu di kawasan utara. Bagi JAIST yang mana terletak di negeri Ishikawa (barat-laut Jepun), biasanya sakura akan mula berkembang pada minggu pertama bulan April. 

Garisan sakura - menunjukkan tarikh yang dijangkan sakura akan berkembang dimana ianya berbeza bergantung kepada tempat.

Sakura berlatar-belakangkan langit biru dan awan. (April, 2010 - JAIST)

Pada musim luruh dan dingin, pohon-pohon sakura hanya tinggal ranting dan dahan sahaja tanpa sehelai daun. Bila musim bunga hampir, putik-putik bunga akan mula keluar dahulu sebelum daun keluar. Bila suhu cukup panas, putik-putik tersebut akan berkembang mekar dengan warna putih dan merah jambu yang begitu contrast dengan warna dahannya yang kehitaman mewujudkan suatu panorama ciptaan Ilahi yang sangat indah dan menarik. Daun-daunnya hanya akan naik selepas bunga-bunga mula gugur ke bumi. 

Sakura berhampiran dengan library. (April, 2010 - JAIST)

Kuntum-kuntum sakura yang gugur turut menghiasi bumi.

Bagaimanapun tempoh mekarnya bunga sakura hanya dalam lingkungan seminggu sahaja sebelum ianya gugur. Oleh itu masa untuk menikmati keindahan sakura agak terhad ditambah pula dengan kesibukan hari bekerja. Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas, kebetulan cuacanya sangat baik, cerah dengan suhu sekitar 20oC, maka berpeluanglah ummiabah sekeluarga keluar beriadah di taman sambil menikmati keindahan sakura.

Umar bergaya ala back-packer. (April, 2010 - JAIST)

Perhatianku dicuri oleh sekawan burung-burung kecil..

Sebelah paginya, Umar dan Abahnya bersiar-siar di taman dalam JAIST dan sebelah petangnya satu keluarga berkelah di taman City Hall. Hari itu juga Sofiyya dan Surayya merasmikan kereta tolak (second hand stroller) mereka yang dibeli menerusi internet buat pertama kalinya. Kereta tolak ni seperti juga baby carrier memang spare letak di dalam kereta, kalau-kalau diperlukan.

Gambar 4 beranak buat pertama kalinya. Kesian jurukamera...

Baby kecik dengan baby besar.

Gambar dirakam dari atas bukit dengan jarak 50 meter. Nampak tak...?

 


Responses

  1. seronok tgk pic jalan2 kat sane..
    best photographer ..

    • Ntah sape ler photographer berbakat tu.. tak kenal la pulak..😀

  2. eleh.. wt2 xknl plak… A bkn nme sbnr la… ahahaha…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: