Posted by: ummiabah | April 12, 2010

Memeluk Islam

Hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah. (JAIST - April, 2010)

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya.” (Al Baqarah: 272)

Pada hari Jumaat lepas, ada satu berita baik di JAIST. Seorang pelajar dari India yang beragama Hindu telah menganut Islam. Bertambah seorang Muslim di JAIST dan di Jepun juga di atas muka bumi ni. Subhanallah.

Pelajar ni berasal dari Bangalore, India. Upacara pengislamannya berlangsung di sebuah masjid di Toyama yang jaraknya sejam lebih dari JAIST. Pelajar ni sebenarnya dah lama berminat dengan agama Islam dan telah pun menyuarakan minatnya kepada seorang pelajar Pakistan di sini semenjak beberapa bulan lalu. Antara sebab beliau berminat dengan Islam ialah kerana menyaksikan bagaimana orang-orang Islam yang bersatu tanpa mengira bangsa dan asal negara. Dan beberapa hari sebelum dia memeluk Islam secara rasminya, beliau telah dibawa oleh pelajar Pakistan tersebut ke sebuah masjid di Toyama supaya dia dapat merasakan kedamaian dalam Islam alsebab keberadaannya di masjid, rumah Allah.

Alhamdulillah, berita pengislamannya telah dimaklumkan kepada komuniti Muslim di JAIST ketika kami selesai solah Jumaat. Pada Isyaknya, beliau telah bersama-sama solah jemaah dengan kami dan disusuli dengan sedikit sesi suai-kenal.

Kalimah shahadah di depan Masjid Shin Anjo beserta terjemahan dalam bahasa Jepun.

Dan juga pada hari ini, pada waktu Maghrib hingga Isyak, surau kecil kami telah didatangi oleh segerombolan rombongan dari Fukui, 3 orang pelajar Bangladesh dan seorang Muslim Jepun. Menurut mereka, di Masjid Shin Anjou yang terletak berhampiran Nagoya – yang merupakan markas@pusat dakwah kawasan tengah-selatan Jepun, sekarang diadakan perjumpaan untuk orang-orang Islam baru (mualaf),  setiap bulan sekali kalau tak silap. Pada perjumpaan yang lepas, ada orang-orang Jepun yang belum Islam juga turut serta, dan ada yang menyatakan keIslamannya pada perjumpaan tersebut. SubhanAllah!

Bangunan Masjid Shin Anjo yang terdiri dari 3 tingkat. Merupakan bekas kedai menjual video dan CD.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: