Posted by: ummiabah | April 9, 2010

Karya tak berapa agung Bah. 2

Umar (April, 2010)

Di JAIST ni, hari Sabtu dan Ahad adalah cuti, sama macam kat Malaysia. Bangunan-bangunan akademik kat JAIST ni akan dikunci (electronic lock)pada hari Sabtu dan Ahad. Begitu juga dengan lab-lab@makmal-makmal. Macamana pun students masih boleh keluar masuk bangunan akademik sebab setiap student boleh meng ‘unlock’kan pintu-pintu tersebut menggunakan kad pelajar masing-masing yang telah dibuiltin dengan microprocessor. Sebab itu setiap pelajar kena register kad mereka pada setiap lab yang mereka akan guna kerana setiap lab hanya boleh dimasuki oleh pelajar dari lab terbabit dengan menggunakan kad pelajar yang telah didaftarkan. (Untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum) 

Contoh smart card. Yang bewarna keemasan tu adalah microprocessornya.

Kadang-kadang walaupun hari Sabtu Ahad, terpaksa juga ke lab@makmal sebab kena ambil/rekod bacaan bagi eksperimen yang dah cukup tempohnya. Umar pun kadang-kadang ikut sama menemani Abahnya ke lab. Tapi Umar takde la terlibat dengan apa-apa eksperimen.

Sambil nak tunggu mesin warm-up, lepak kat bilik rehat dekat lab.

Sambil menunggu Abahnya buat kerja, sempat juga dia mencurahkan bakat terpendamnya ke atas kanvas yang terdiri dari kertas-kertas A4 terpakai. Kalau dulu lukisan Umar banyak garisan conteng-conteng aje, tapi sekarang dah nampak bentuk. Cuma bentuknya tak seperti mana yang kita orang dewasa faham. Contohnya, dia kata lukis kereta, tapi nampak macam buah betik pun ada…🙄

Karya bertajuk "Kereta". Tayarnya ada lebih dari empat!

Karya bertajuk "Ikan". Nampak macam kuih donat tak jadi..

Karya tanpa tajuk. Umminya kata macam imej 2D bayi dalam kandungan.

 


Responses

  1. pndai nye che om ni… nnt leyh le lukis kn gmbo acik anem ek… ( ermm.. cmne le nnt upe nye ek.. ) hehe..

  2. Lukisan 1:
    Kereta masa depan dgn ekzos roket berbentuk bulat,memastikan daya tujahan & momentum kereta seimbang dgn tarikan graviti..

    Lukisan 2:Spesis ikan yg telah pupus,hidup sekitar 2 atau 3 juta tahun lampau semasa zaman T-Rex, Triceratops,Mammoth & Kura2 Laut..

    Lukisan 3:Spesis badak sumbu yg belum dikenali yg yg berjaya dilakarkan..mempunyai 3 sumbu di atas hidung, 2 lubang hidung yg besar, mempunyai janggut seperti kambing & berkaki bulat..Spesis ini suka makan batu2 yg berlumut.

    • Satu intrepretasi yang baguss…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: