Posted by: ummiabah | April 1, 2010

Duduk tanpa disokong

Surayya (pink) dan Sofiyya (biru) dah 7 bulan dan masing-masing dah ada rupa yang tersendiri.

Berikut adalah rajah perkembangan bayi secara kasarnya mengikut bulan yang dipetik dari sebuah website penjagaan bayi berbahasa Jepun:

  • [3-4 bulan: Leher mula tegap],
  • [6-7 bulan: Mula meniarapkan badan]
  • [7 bulan: Duduk tanpa disokong]
  • [9 bulan: Mula merangkak]
  • [9-10 bulan: Dapat berdiri sambil berpaut]

 

Terjemahan untuk [7 bulan: Duduk tanpa disokong]: Pada permulaannya, bayi masih kurang mampu menahan berat badannya sendiri dan menggunakan bantuan tangannya untuk membantunya menegakkan badannya. Secara beransur-ansur, tulang belakang bayi berupaya membentuk lengkungan-S, dan bayi dapat menegakkan badannya tanpa bantuan tangannya lagi. 

Tengah mesyuarat apa tu..?

Bagaimanapun, setiap bayi adalah individu yang tersendiri dan unik. Oleh itu, masing-masing mempunyai tahap tumbesaran yang berbeza-beza. Sofiyya dan Surayya sekrang dah mampu untuk duduk tanpa disokong. Tapi masih dalam tahap belajar-belajar duduk dan masih perlu didudukkan oleh Umminya. Tapi, boleh tahan jugak lamanya diaorang mampu duduk. Setakat 10 minit tu – kacang aje..Diaorang pun nampak seronok dan enjoy kemampuan mereka yang terbaru ni…Kalau sebelum ni asyik kena baring berselang seli dengan walker, sekarang dah ada posisi baru pula.

Semoga saling tolong-menolong dan bekerjasama sampai bila-bila..


Responses

  1. Bangga sangat dengan anak2 saudara….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: