Posted by: ummiabah | March 31, 2010

Resepi tak berapa istimewa

Resepi di perantauan – Edisi Jepun. Berikut adalah beberapa resepi popular untuk bulan ini di Restoran UmmiAbah. 

Walaupun nampak biasa tapi udon kari ni sebenarnya lebih sedap dari mee kari.

Resepi 1 – Udon Kari

Cara menyediakan:

  • Panaskan minyak kemudian goreng bawah besar, bawang putih, kayu manis hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari ayam/ikan Babas (tertakluk pada kegemaran masing-masing) dan goreng sampai sebati.
  • Masukkan air hingga paras dada itik.😆
  • Campakkan ketulan daging-daging ayam yang dipotong kecil-kecil (3×5 cm). Campakkan juga ubi kentang yang telah dikupas kulitnya dan dipotong empat.
  • Tutup periuk dan biar ayam dan kentang masak.
  • Setelah seketika, masukkan santan atau susu segar.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Tambahkan sayur terung dan bendi. Tutup periuk dan panaskan beberapa minit lagi. Rasa lagi sekali dan adjust kemasinan jika perlu.
  • Buka udon dari plastiknya dan rendam dalam air suam beberapa minit.
  • Sejatkan udon dan masukkan dalam mangkok. Ceduk kari ayam ke dalam mangkuk. Siap sedia untuk dimakan.

Chef bertugas: Chef U (nama sebenar dirahsiakan) dari Restoran UmmiAbah.

Sushi gulung - ilham yang terhasil semasa kempen save budget.

 Resepi 2 – Sushi Gulung

Cara menyediakan:

  • Sediakan nasi hangat menggunakan beras Jepun.
  • Sediakan nori (kepingan rumpai laut kering yang bewarna hijau pekat) beberapa keeping.
  • Letakkan nasi ke atas nori dan ratakan. Letakkan tuna yang telah digaul dengan mayonnaise ke atas nasi.
  • Tambahkan hirisan timun yang dihiris memanjang pada tuna tersebut.
  • Gulung hingga menjadi bulat silinder. Potong dalam saiz 3 cm setiap satu sambil membayangkan sedang memotong lemang.🙄
  • Makann…

Chef bertugas: Chef U juga.

Sedap ... Mak mentua lalu belakang rumah pun tak nampak.

 Resepi 3 – Yakisoba a.k.a Mee Goreng

Cara menyediakan:

  • Panaskan minyak, masakkan telur ala-ala telur scramble, asingkan.
  • Tambahkan minyak sikit, goreng bawang putih, bawang besar dan hirisan batang daun sup serta tauhu goreng yang telah dihiris kecik-kecik.
  • Masukkan sos tomato, masukkan kicap pekat manis dan masukkan sos cili.
  • Masukkan garam dan perencah ikan bilis.
  • Masukkan mee yang telah dibasuh dan disejat.
  • Gaul sampai sekata, masukkan telur yang telah digoreng awal-awal tadi.
  • Masukkan sayur sawi yang telah dihiris kecil-kecil.
  • Rasa darjah kemasinan dan adjust jika perlu.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama hirisan daun sup.

Chef bertugas: Chef A (nama sebenar dirahsiakan) dari Restoran UmmiAbah.

P/S: Resepi-resepi di atas bebas untuk dicilok atau dicopy-paste atau diapplikasikan atau diadaptasikan mengikut kesukaan anda dengan syarat ianya tidak digunakan untuk sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang agama Islam dan undang-undang negara di mana anda tinggal. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan jika ada, semasa anda menjayakan resepi-resepi ini.😀

Gambar hiasan: Juadah-juadah yang terhidang dalam kotak kaca ini tidak boleh dimakan sebab ianya sebenarnya plastik yang diwarnakan walaupun nampak sungguh real.


Responses

  1. wah, sedap nye makanan..
    nati blik m’sia bley la wat..he2.

  2. chef A & chef U.. nnt acik anem nk mkn taw mknn jepun bile korang blik m’sia nnt..

    • Chef U kata dia sedia masak apa jenis masakan, cakap jer…😀

  3. sedap di makan apabile lapar…

    • 😆 tepat sekali

  4. owh yeke chef A.. nnt anim nk suh die masak mcm2 le ble die blik m’sia.. klo die xmo msak jaga die.. taw la pe nk wt.. hehehe…(nada ugutan)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: