Posted by: ummiabah | March 29, 2010

Pengalaman menjalani ujian memandu

Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah juga dengan lesen memandu antarabangsa Abahnya yang akan tamat tempohnya pada 17 March 2010 yang lepas.😀 (flash back yer) Lesen memandu antarabangsa ni boleh dipohon di mana-mana JPJ di Malaysia jika kita nak drive di negara lain jika kita dah ada lesen memandu. Cuma dikenakan bayaran sebanyak dalam RM150 kot. (Sila rujuk JPJ berdekatan untuk kepastian)

If you see a friend without a smile, give him one of yours.

Kalau sepuluh tahun lalu, foreigners di Jepun ni boleh drive menggunakan lesen antarabangsa yang dikeluarkan oleh negara masing-masing tanpa sebarang had. Tapi malangnya sekarang, lesen antarabangsa ni hanya hidup@valid selama 1 tahun sahaja di Jepun. Lepas tu, kena apply untuk tukar kepada lesen Jepun melalui proses ‘penukaran lesen antarabangsa kepada lesen Jepun’.

Ada tiga langkah utama yang perlu dilalui dalam proses menukar ke lesen Jepun ni:

  1. Melakukan proses translation maklumat yang terkandung dalam lesen ke dalam bahasa Jepun melalui sebuah badan bernama JAF. (Japan Automobile Federation). Proses ini mesti dilakukan melalui JAF dan dikenakan bayaran. Tak boleh translate sendiri. JAF akan keluarkan certified dokumen sebagai bukti.
  2. Pergi Pusat Lesen Memandu untuk apply bagi menduduki written exam dan driving test.
  3. Pergi menduduki exam dan menjalani driving test.

 Antara 3 langkah di atas, langkah yang no.3 diataslah yang telah banyak meyebabkan jiwa-jiwa insan tak berdosa bersalah menderita.😦

Setelah menyelesaikan proses penterjemahan maklumat lesen ke dalam bahasa Jepun (dah buat sebulan sebelum tu), maka pada 10 Mac, iaitu seminggu sebelum lesen antarabangsa tamat tempoh, Abahnya telah ke Ishikawaken Unten Menkyo Senta (Pusat Lesen Memandu Ishikawa) yang terletak di Bandar Kanazawa, lebih kurang 45 minit dengan kereta. Tujuannya untuk pergi mendaftar bagi menduduki written exam dan driving test. Kebetulan ada seorang student Mesir kat JAIST ni yang juga dalam proses nak menukar ke lesen Jepun. Oleh sebab dia ni tak boleh berbahasa Jepun dan tak berapa tahu jalan, maka dia request untuk pergi bersama. Pusat Lesen Memandu ni senang nak cam sebab boleh nampak dari jauh lagi bangunannya. Di Pusat Lesen Memandu tu, gedebak gedebuk setelah mengisi beberapa keping borang, maka kedua-dua hamba Allah ni telah tempah le tarikh untuk exam – iaitu pada 17 March, 2010 bersamaan hari Rabu. Ya! Kebetulan pada tarikh yang sama, lesen antarabangsa Abahnya akan tamat.

Pemandangan dari Pusat Lesen Memandu Ishikawa. Kelihatan trek yang digunakan untuk driving test.

Kedua-dua ujian bertulis dan praktikal (driving test) akan dijalani pada hari yang sama. Ujian bertulisnya, menurut laporan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai – senang aje. Ada sepuluh soalan berbentuk objektif (dalam B.Jepun & English), dan calon diberi masa 7 minit untuk menjawab. Kena betul sekurang-kurangnya 7 soalan. Kalau lesen Jepun yang normal (yang orang Jepun ambik) diaorang kena jawab 50 soalan, lebih kurang sama macam Malaysia. Oh ya, Abahnya dan kawan Mesir tu Alhamdulillah telah pass dengan jayanya written test dengan sekali ambil.

Yang menjadi igauan calon-calon ialah praktikal testnya yakni driving testnya…Mengikut statistik, dalam 10 orang yang menduduki praktikal test, hanya 3 orang sahaja yang berjaya pada percubaan pertama. Ada yang ambil 2 kali, ada 3 kali, ada lebih dari itu..baru lulus. Menurut laporan dari banyak sumber, ianya lebih kepada ujian menguji kesabaran daripada ujian kecekapan memandu.

Kereta yang digunakan untuk belajar memandu. Macam teksi. Untuk test juga menggunakan kereta jenis ni.

Sebagai langkah mempersiapkan diri menjalani driving test ni, 3 hari sebelum hari driving test tu Abahnya dan kawan Mesir tersebut telah mendaftarkan diri untuk kelas belajar memandu selama 1 jam dan 2 jam masing-masing. Tujuannya untuk mendapatkan pendedahan secara dekat (chewah!) cara-cara ujian praktikal dilakukan di Jepun. Abahnya ambik 1 jam aje, sebab 2 jam lagi kena temankan brother Mesir tu – macam biasa, jadi translator tak betauliah. (Dia pun mengambil kesempatan ikut sama dalam kereta, masa Abahnya belajar). Secara keseluruhan, dapatlah Abahnya belajar 3 jam. 1 jam praktikal, 2 jam teori. Tempat belajar memandu tu, betul-betul sebelah tempat test, malah pelajar-pelajar turut dibawa untuk drive dalam kawasan test.

Route untuk driving test pada hari tu. Start dari yang tanda X dan habis di tempat bertanda bulat.

Uniknya kat sini, ujian memandunya hanya dalam kawasan yang ditetapkan, dan tak perlu bawa pergi ke jalan awam. Tapi, routenya akan ditukar-tukar setiap hari. Jadi, calon kena datang awal sikit supaya ada masa untuk hafal route. Sepanjang ujian, pemeriksa tak akan beritahu mana nak pergi!😯

Berikut adalah point-point penting untuk menghadapi driving test di Jepun:

  • Baca Yasin pada pagi hari tu, dan solatlah sunat hajat beserta doa yang sungguh-sungguh.
  • Tenangkan diri dan bertawakkal.
  • Senyum masa jumpa pemeriksa.🙂
  • Jangan lupa ucap selamat pagi (Ohayo gozaimas) atau petang (Konniciwa). Nak advance lagi, tambahlah ‘Yoroshiku onegaishimas’.
  • Berdiri di sebelah depan kiri kereta sebelum bermula. (bertanda S dalam gambar)

Bermula dari tempat bertanda S.

  • Bila pemeriksa bagi isyarat boleh start, bergerak ke pintu kiri depan kereta (bertanda X dalam gambar), dan tunduk untuk melihat ke bawah kereta kalau-kalau ada kucing ke orang ke kat bawah tu.
  • Bergerak ke belakang kereta (bertanda X dalam gambar), dan tunduk sekali lagi untuk tengok bawah kereta kalau-kalau ada anak kucing yang berselindung di belakang tayar.🙄
  • Masuk ke dalam kereta Lakukan tiga perkara. Pertama – Adjust tempat duduk supaya bersesuaian. Kedua, pakai tali pinggang keledar. Ketiga, adjust back mirror.
  • Tengok belakang kiri, side-mirror kiri, back-mirrow, side-mirrow kanan, dan kemudian tengok belakang kanan. (Fuhh..) Turutan seperti dalam gambar kat atas.
  • Pastikan hand brake dikenakan dan gear neutral.
  • Tekan brek, dan hidupkan enjin.
  • Sebelum bergerak, bagi signal kanan untuk masuk ke jalan, dan tengok belakang kanan lagi sekali kalau-kalau ada kenderaan. (Memang tak de kenderaan, tapi kena imagine seolah-olah kita berada di jalan raya) Kemudian masukkan gear Drive’ dan lepaskan hand brake untuk bergerak.
  • Bila dah bergerak, kena pastikan sentiasa drive disisi jalan – tak boleh jarak lebih dari 70 cm dari sisi jalan. Kalau nak ke kanan, kena rapat ke garisan putih centre-line dalam jarak 50 cm.

Kalau nak ke kiri kena rapaaat ke kiri, kalau nak ke kanan, kena rapat ke centre-line.

  • Setiap kali nak buat pusing kiri atau kanan, jangan lupa check kiri dan kanan DAN belakang kiri kalau nak pusing kiri atau belakang kanan kalau sebaliknya. Check tak boleh sekadar tengok, kena betul-betul pusing kepala hampir 180o, supaya pemeriksa nampak.
  • Setiap kali jumpa papantanda berhenti (とまれ), berhenti sekurang-kurangnya 3 saat.
  • Setiap kali nak tukar line, kena buat procedure tukar line. Bagi isyarat ke kanan, kemudian tengok belakang, kemudian pusing stereng. Kena ikut step, tak boleh buat serentak contohnya sambil tengok belakang, pusing stereng – jawabnya FAILED.
  • Masa nak berhenti, kena rapatkan kereta betul-betul ke sisi jalan dalam 30 cm dari tebing dan berhenti di nombor yang dinyatakan oleh pemeriksa. (At least, kena tahu bilang dalam Bahasa Jepun 1-10 le…)
  • Dah berhenti, pastikan brek tetap ditekan, freekan gear, kemudian matikan enjin. Lepaskan brek, dan tarik brek tangan.
  • Akhir sekali, bertawakkal dan berdoa. Tak lupa juga sepanjang bawa kereta tu, banyakkan berselawat. InsyaAllah dipermudahkan.

 Alhamdulillah, pada tanggal 17hb March tersebut, Abahnya telah lulus dengan jayanya written test dan driving test, dan hari tu juga dikeluarkan lesen Jepunnya. Alhamdulillah….😀

Contoh lesen memandu Jepun yang dirakam dari sudut 60 darjah dari garisan normal.

[Terkini- Sahabat Mesir tu telah menjalani praktikal test untuk kali yang ke-4 pada 30 March 2010, malangnya masih belum berjaya.  Belum rezeki lagi.. :(  Alhamdulillah dia telah berjaya lulus pada percubaan yang ke-5 pada bulan April, 2010 :)]

 


Responses

  1. t’ign zaman2 nk amik lesen dlu.. tobat asenye nk msuk litar tu agi.. hehehe… thniah2..
    pasni leyh la bwk anim jln2 kt sne nnt yer….
    kite pusing2 satu jepun tu…
    kuang3….

  2. anim dah terrer bawak keta satu t’ganu.
    tahniah kpd edee dah lulus dpt lesen memandu..

  3. yop:anim xterer mne pon.. utk lps sesak utk kuar tu leyh la… klo nk sje2 je bpoye2.. xde la baek dok dlm umh je… hehehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: