Posted by: ummiabah | March 24, 2010

Bila Umar berbicara

Walaupun pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak mungkin kurang dari kita orang dewasa, tapi sebenarnya Allah swt dah bekalkan mereka ni dengan satu CPU yang cukup powerful yakni otak yang masih fresh. Walaupun memang sedia maklum tentang perkara ni, tapi kita – orang dewasa, kadang-kala ter‘underestimate’ kemampuan kanak-kanak.  Sebab itulah kadang-kala perkataan-perkataan spontan yang keluar dari mulut diaorang ni boleh menyebabkan kita terpegun dan terkesima seketika. :-) 

A journey of a thousand miles begins with a single step.

Umar sekarang dah masuk 3 tahun 4 bulan. Walaupun secara relatifnya, Umar seorang kanak-kanak yang tak banyak mulut (Macam siapa tu..?🙄 ) tapi dia pun dah semakin hari semakin bijak mengeluarkan kata-kata. Walau bagaimanapun, Umar ni hanya bercakap masa di rumah, depan Ummi dan Abahnya sahaja. Kalau di depan orang yang tak dikenali, maka tersangatlah pendiamnya. Berikut ini adalah beberapa siri dialog antara ummiabah dengan Che Umar.

Umar - Seorang kanak-kanak yang dikenalpasti berbakat besar.

Dialog 1

Umar ni kadang-kadang liat nak mandi. (Ikut mood dia). Begitu juga semasa nak buang baju untuk pergi mandi, kadang-kadang dia rajin nak buka stokin, seluar sendiri dan kadang-kadang dia minta orang lain yang bukakan. Alkisah suatu masa tatkala dia buat perangai liat-liat tu…maka terjadilah dialog yang lebih kurang camni…..

Abahnya: “Umar buang seluar sendiri yek. Umar kan dah besar..”.

Umar: “ Ishh… Umar dah kecik ler”. (Dengan muka tak puas hati dengan pernyataan Abahnya)

Abahnya: ….(Gelak dalam hati)

Dialog 2

Biasanya Umar ni masa nak keluar jalan-jalan atau keluar shopping, dia akan angkut bersamanya beberapa alat permainan yang disukainya – biasanya keretapi Thomas dia. Kebiasaannya dia akan bawa mainannya didalam beg galas, tapi kadang-kadang dia cuma bawa di tangan. Pada suatu masa, dia bawa mainan di tangannya. Setelah beberapa ketika, masa dalam kereta, mungkin sebab dah penat pegang gamaknya, maka terjadilah dialog seperti berikut..

Umar: Ummi, Nah…Ambik….(Sambil menyerahkan mainan kepada Umminya)

Kemudian berkata,

Umar: Umar tak cukup tangan…

 (Biasanya Umminya yang guna ayat ni bila Umar merengek waktu Umminya sibuk dengan si kembar..  )

Dialog 3

Umar ni suka buat projek dia yang tersendiri menggunakan mainan-mainan dia. Sebab itu, kadang-kadang nampak dia macam mencari-cari sesuatu dalam rumah, atau kat ceruk dinding. Maka, di tanya oleh Umminya :

Ummi : Umar, Umar cari apa ?

Umar : Takde apa-apa…(Berahsia mengalahkan projek Mission Impossible! )

Dialog 4

Umar ni suka makan strawberi. (Tengok entri ni). Suatu hari, tatkala Abahnya sedang memakan strawberi, maka dilihatlah oleh Che Umar. Dia pun request la.

Umar : Umar nak strawberi..

Abahnya pun keluarkan la 4 biji strawberi dari dalam peti sejuk.

Abahnya : Abah ambik 4 biji (Sambil tunjuk kat Umar)

Umar : Umar 2, Abah 2.

Abah : …. (Terpegun- Sejak bila Umar ni pandai matematik ? Konsep bahagi pulak tu… :shock: ) 

Umar sempat dirakam bersama 2 pembantunya.


Responses

  1. amboi dah pandai cucu atuk ni ye…balik nnt bole ajar opah lak ye.hehehe

  2. nnt blik kite lwn ckp dua yer umar…
    sure bising nye..
    hehehe..

  3. bagus…teruskan usaha berbicara dan mengira…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: