Posted by: ummiabah | March 22, 2010

Sepetang di Ishikawa Hill Park

Hari Sabtu lepas, cuacanya cerah dan nyaman dengan suhu melepasi 20 oC. Oleh itu ummiabah telah bercadang untuk bawa tiga beradik keluar ambil angin kat luar. Pada awalnya ummiabah bercadang nak pergi ke Taman City Hall aje, tapi on the way destinasi telah diubah kepada Ishikawa Hill Park – iaitu sebuah taman yang terletak bersebelahan dengan Ishikawa Zoo. Walaupun Ishikawa Hill Park ni terletak sebelum zoo iaitu sekitar 15 minit sahaja dari rumah, tapi belum berkesempatan untuk diterokai oleh pihak ummiabah.😯

Peta berilustrasi Ishikawa Hill Park. Tempat yang kami pergi bertanda pangkah warna merah. Kelihatan juga di sebelah kanan gambar kawasan Ishikawa Zoo yang bertanda garisan putus-putus.

 Ishikawa Hill Park ni terletak atas bukit dan kawasannya agak luas, boleh bawa kereta untuk keliling satu pusingan atas bukit tu. Masuk adalah percuma, parking pun percuma. Ianya sebenarnya merupakan pusat rekreasi setempat yang menyediakan pelbagai jenis tempat rekreasi seperti keretapi mini, simple rollercoaster (dipanggil rolling cycle), bot kayuh, basikal roda tiga, mini car dll. Juga ada tennis court serta kolam renang air panas – tapi susah le nak guna sebab aurat.

Acara pertama kami - bot kayuh.

Mula-mula sampai, kami pusing dulu satu pusingan untuk cari pot kawasan yang sesuai. Masa pusingan yang ke-2, ummiabah putuskan untuk cuba naik bot kayuh sebab nampak kawasan tu macam OK je dan tak berapa crowded. Bayaran untuk satu bot dengan 4 tempat duduk ialah sebanyak ¥ 400 untuk selama 20 minit. Bot jenis ini ada beberapa bentuk seperti angsa, jet dan helikopter. Yang kami naik, rasanya berbentuk jet kot. Kalau bot biasa – row boat, sewanya ¥ 300. Abahnya bawa Sofiyya guna baby carrier dan duduk kat depan. Umminya dukung Surayya duduk kat belakang dengan Umar. Tukang kayuh ada 2 orang – Ummi dan Abahnya.

Ikan-ikan dan itik-itik turut menemani kami di petang itu.

 Kolamnya bersih dan ada banyak ikan-ikan sebesar lengan orang dewasa – tak tahu ikan apa… Macam ikan kap Jepun je, tapi semua berwarna cokelat. Kemudian ada banyak itik-itik yang turut sama berenang atas permukaan tasik. Ada juga orang-orang Jepun yang naik bot sambil memberi makanan kepada ikan-ikan tu. Masa naik bot tu, beberapa kali ada angin kuat bertiup, dan beberapa kali jugak ler bot kami tersadai ke pinggir tasik ditiup angin, sebelum dikerah kembali ke tengah. Maklum aje le, jumlah pengayuhnya terhad. Tak cukup untuk melawan tiupan angin.

Pemandangan di tempat duduk belakang bot.

Lepas naik bot, kami pergi ke kawasan mini train. Di sini, Sofiyya dan Surayya berehat dalam kereta untuk minum susu ditemani oleh Umminya. Umar dan Abahnya aje yang  turun. Mula-mula kelihatan kawasan kereta mini yang mana keretanya akan bergerak selepas dimasukkan duit tu. Tapi Umar pula kata tak mahu, mana tidaknya, dia dah ternampak keretapi! :-) 

Pemandangan dari tempat duduk kami. Kami duduk yang paling belakang.

Seelok aje sampai, keretapi baru sahaja tiba dan bersedia untuk berlepas bagi pusingan berikutnya. Abahnya dan Umar tanpa berlengah, terus naik dan duduk kat seat belakang sekali. Bayarannya ¥ 200 untuk 2 orang dan boleh naik 2 pusingan. Satu pusingan dalam 100 meter agaknya, setelah melalui jurang, jambatan dan terowong.😯 Lepas selesai 2 pusingan, Umar lepak-lepak dalam taman tu sebab masih tak puas lagi tengok keretapi. Kali ni tengok orang lain pula naik. 

Giliran orang lain naik dan Umar tengok. Kelihatan landasan di sebelah kanan gambar.

Dah puas tengok keretapi, Umar dan Abahnya pergi ke kawasan mini car pula. Sekali naik ¥ 100. Bila masukkan syiling kereta akan boleh digerakkan. Ada butang merah untuk dipijak bertindak semacam pedal minyak dan sterengnya boleh dikawal macam stereng kereta biasa. Dari segi bentuk pula, ada yang berbentuk kereta polis, ada bomba dan ada bentuk binatang. Umar (dan Abahnya) naik sebanyak 2 round – habis ¥ 200.

Beginilah lebih kurang rupa mini car yang Umar naik.

Dalam gerabak keretapi tiruan ala pondok-pondok.

Lepas tu pergi ke kawasan yang percuma pula – kawasan keretapi tak bergerak. Terdapat banyak gerabak-gerabak keretapi yang mana budak-budak boleh masuk dan duduk kat dalamnya. Macam pondok-pondok. Di sebelahnya ada pula jongkang-jongket – pun berbentuk keretapi juga. Last sekali sebelum balik, Umar naik lagi sekali mini car tu. Tu pun macam tak berapa nak balik lagi, tapi Abahnya dalam diam-diam telah call Umminya supaya melambai tangan disebabkan tempat mini car tu berhampiran sekali dengan tempat parking. Nampak je Umminya melambai dari kereta terus Umar jadi nak balik. Begitulah kasih anak kepada ibunya…

Umar dengan seorang baby Jepun yang friendly.

Umar di depan kepala keretapi jongkang-jongket. Kelihatan juga seorang budak Jepun yang sempat meyelit dalam gambar.


Responses

  1. amboi kakak…bukan men lagi jalan…idak nak ajak kume….santek baju…nnt balik jgn lupe bawa tau..nak jugak kume bergaya mcm kakak

  2. umar x ajak pun atuk nek ketetapi…mak su pun nak nek jugak…opah pun..

  3. bebudak kembo c-hat wal afiat deme ye…sonok beno dpt tgk alam luar..

  4. opah rindu beno kat anak pompuan ni..udah le dok jauh beno….cucunda pun makin encem n kiut kiut sokmo belake..
    kat menantu pun rindu nak sembang…hehehe

    • terharu rasa di hati…..berderu ayor mata membasahi pipi……

  5. aiceh.. bnjir x kt jepun.. dh ayor mata k.liza dok mengalir je… hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: