Posted by: ummiabah | March 15, 2010

Hari ni dalam sejarah: Supermarket

Sebelum ini, setiap kali pergi shopping, si Sofiyya dan Surayya dengan secara paksa relanya, menunggu dalam kereta ditemani oleh samada Abahnya kalau Umminya yang keluar shopping atau pun sebaliknya. Sebabnya ada beberapa faktor. Yang pertama, pasal tak mahu ambil risiko kalau-kalau depa buat hal@meragam dalam supermarket. Kedua, susah nak bawa, sebab nanti kedua-dua Ummi dan Abahnya terpaksa pegang seorang satu, campur dengan Umar lagi, mana nak beli, bawa barang lagi, mana nak pegang diaorang lagi, kesimpulannya tak cukup tangan. Faktor kedua ni boleh juga menyumbang kepada faktor pertama tadi. Ketiga, sebab depa ni masih kecik lagi, takut diaorang tak selesa dan menyebabkan faktor yang pertama tadi terjadi..😦

Asyik-asyik kena tinggal dalam kereta..Apa kes...

Tapi, Alhamdulillah berkat ke‘tawakkal’an dan bantuan alat bernama baby carrier a.k.a penggendong yang dibeli dari Second Street, maka pada hari minggu lepas, Si Sofiyya dan Surayya telah melakar sejarah dengan memasuki pasaraya bersama ummiabah buat pertama kali tanpa ditinggalkan di dalam kereta.😆

Pasaraya Jusco yang terletak di pekan Matto.

Lokasinya ialah Jusco yang terletak di pekan Matto. Untuk pengetahuan anda, Jusco ni singkatan daripada Japan United Stores Company dan di Jepun ni boleh dikatakan di setiap pekan dan bandar anda akan dapat bertemu Jusco. Jusco ni anak syarikat kepada AEON yang merupakan antara rangkaian peruncit yang terbesar di Asia. Tapi di sini, ianya Jusco sahaja, bukan ‘Jaya Jusco’! Jaya Jusco tu khas cawangan depa kat Malaysia rasanya. Ummiabah pun dulu-dulu bukannya rajin sangat nak ke Jaya Jusco pasal barangannya yang biasanya secara umumnya ada sedikit mahal. Kat Jepun ni, barangan di Jusco agak berpatutan serta menawarkan banyak pilihan barangan dari yang harga rendah hingga ke harga yang agak tinggi. Itu pandangan peribadi penulis.

Jadi apa cerita pengalaman pertama bawa Sofiyya dan Surayya shopping bersama? Begini ceriteranya….Alkisah sebenarnya, ummiabah cuma ada satu baby carrier aje. Jadi, diputuskan yang Sofiyya masuk dalam carrier dan Surayya didukung oleh Umminya.  Si Sofiyya, Masyaallah senang banget. Masuk aje dalam carrier yang dibawa oleh Abahnya, maka terkekek-kekek lah dia. Sampai dalam supermarket pun diam aje sambil mata melilau memerhatikan sekeliling. Sedar-sedar dia dah terlentuk dalam carrier tu, sampai lah masa keluar dari Jusco tu, baru dia sedar.

Sofiyya semasa belum lentuk. Selesa benar nampaknya.

Si Surayya pula, mula-mula didukung oleh Umminya dan bila dah ambil trolley yang lengkap dengan tempat duduk bayi tu, maka dipindahkanlah dia ke dalam trolley tu. Baru tolak beberapa langkah dia aje, dia dah mula menjebekkan muka… Nak nangis… Maka terpaksalah angkat dan tenangkan dia…Tapi bila letak semula, sekejap aje…dia nangis balik… Last-last terpaksa pergi ke bilik menyusu yang disediakan, dan susukan dia, barulah dia OK. Alhamdulillah lepas tu, walaupun dalam hati ummiabah sentiasa cemasss ajer sepanjang proses membeli-belah tu, semuanya boleh dikatakan berjalan lancar….Berkat tawakkal.

Surayya semasa sudah stabil.. Fuh..lega.

 


Responses

  1. alooo kakak..tengok2 baju tu nak beli utk kume ye…hehehe jgn le malu2 ek

    • alamak cam ner tau nie…tak malu segan aje..hehehe

  2. Alhamdulillah dua2 kembar dah makin besar…mak abah dah baca cerita ni..yop kat ipoh..tiket edee rasanya dah ok…

    • oye ke….baguih ler atuk opah dpt tau pkembangan cucu cucu kembar di sini…tiket rasa nye dah ok???insyallahhh…moga Allah mudah kan pjlnan seterus nye..

  3. sonok bile tgk cucunda makin sihat membeso..dulu mase abh jaga kt sane kocik aje…kejap aje mase

  4. gaya k.liza mcm nk pilih brg utk kume je…
    nnt jgn lpe ek balik bwak hadiah utk acik anem…
    kmbo tgk mkin shat n bsmgt…
    cik om plak dh mkin besau n hndsOme…
    hehehe…
    smoge ketemu di len hari…

    daaaa…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: