Posted by: ummiabah | March 15, 2010

Eksplorasi di pagi hari

Kelihatan Science Park dari puncak bukit Taman Yu-Yu.

Pagi Ahad semalam, cuacanya teramat baik, dengan sinar mentari pagi memancar hangat berserta udara dingin yang menyegarkan. Maka Umar dan Abahnya mengambil kesempatan itu untuk berjalan-jalan menghirup udara pagi di hari nan indah permai itu. :-)  Destinasinya ialah Taman Dekat Yu-Yu. (Lihat entri ni) Oleh sebab Che Umar belum bersarapan pagi lagi, maka ianya tururt merangkumi sesi bersarapan pagi kat taman.  

Jalan menuju ke anak tangga.

Anak tangga menuju lapangan berbangku.

Masa Umar dan Abahnya tiba, tiada orang lain kat taman tu. Mewahnya…Taman luas, pengguna 2 orang je…  Setelah berjalan dalam 50 meter dan mendaki beberapa anak tangga, maka sampai lah kat kawasan lapang yang tinggi di mana terletaknya beberqpa kerusi batu serta kerusi marmar. Dari situ boleh nampak pemandangan jalan di bawah. Sarapan pagi Umar berupa roti berisi burger, telur dadar, hirisan timun, hirisan bawang direncahi dengan sos tomato dan mayonnaise. Umm…sedap. Airnya jus sayuran campur buah-buahan. 

Sedang menikmati sarapan pagi di atas bangku taman.

Selesai makan, rehat-rehat atas batu.

Tengah berlari merentas padang.

Selesai bersarapan, Umar dan Abahnya melakukan eksplorasi bersama di segenap ceruk taman diselang-seli dengan acara lumba-lari. Di akhir majlis, Umar melakukan acara membaling daun ke dalam longkang besar. Longkang di JAIST ni bersih dan airnya jernih, malah macam anak sungai..😯 Umar ni memang suka dengan aktiviti-aktiviti ekspolarsi alam ni, bak kata Umminya – berjiwa kampung. Memang bagus. Sambil menanam sifat ingin tahu, dapat menyemai semangat cintakan alam semulajadi. Betul..betul…betul. 

Umar tertarik dengan daun berwarna merah yang dijumpainya.

Koleksi dedaun Che Umar.

Ada current ke tak ni?

Beberapa penemuan-penemuan menarik yang lain:

Sepohon bunga yang sangat kecil dengan kelopaknya bersaiz dalam 1 mm sahaja.

Biji pokok yang luruh semasa musim luruh dengan warna coklat berkilauan.

Sejenis biji pokok dengan bentuk seperti durian tumpul.

Kuntu-kuntum kecil bunga putih seakan loceng.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: