Posted by: ummiabah | March 12, 2010

Nomimono a.k.a Minuman

Nikamatnya rahmat Allah..

Salah satu yang patut dicontohi tentang Jepun ni ialah kegigihan dan kesungguhan mereka menggunakan atau memanfaatkan apa yang mereka ada ke tahap yang semaksima mungkin. Seperti mana mereka memanfaatkan segenap ceruk tanah dengan sebaiknya (boleh rujuk entri ni), begitu jugalah mereka memanfaatkan anugerah air yang Allah turunkan kat bumi Sakura ni. Walaupun kalau dibandingkan dengan Malaysia taburan hujan tahunan Jepun mungkin tak sebanyak Malaysia, tapi perkhidmatan bekalan air di Jepun ni sangat cemerlang lagi gemilang. Walaupun dengan jumlah pulau-pulau yang banyak (ada 6 ribu lebih pulau-pulau kecil) tetapi peratus bekalan air mencapai 97.5% penduduknya. Bukan itu sahaja, kualitinya juga terjamin – bekalan air di Jepun ni sangat bersih. Bukan sahaja bersih, malah boleh terus diminum TANPA PERLU DIMASAK.😯 Subhanallah !

Pulau Hateruma. Pulau paling selatan di Jepun dengan penduduk cuma sekitar 600 orang. Terletak berhampiran dengan Philippines dan beriklim tropika.

Bercakap pasal air, semenjak datang sini rasanya kami belum lagi berpeluang untuk bancuh air. Air yang dimaksudkan ialah air-air seperti air sirap (ros) ke, air sunquick ke, air bandung ke atau apa-apa yang seangkatan dengannya dimana disediakan menggunakan pekatan sirap pelbagai rasa. Sebenarnya, kat sini memang tak ada dijual pun pekatan sirap yang kita biasa guna untuk bancuh sirap tu. Kalau di Malaysia, pelbagai macam jenis perisa sirap ada dijual dari yang biasa dihidangkan masa kenduri kahwin yakni sirap ros sampailah kepada ribena, sunquick, kurma dan macam-macam lagilah jenis yang unik lagi eksotik. ;-) 

Air kegemaran kami, tak lain dan tak bukan...air susu.

Jadi apa yang kami biasa minum setiap hari kat sini? Disini biasanya air-airnya yang dijual dalam kotak atau PET bottle, sudah siap untuk diminum yang terdiri dari jus buah-buahan, (dari 5% hingga ke pure 100%), jus sayur-sayuran, pelbagai macam teh (jual dalam botol macam botol air mineral tu), air-air yang seangkatan dengan 100plus spt pocari sweat dll, dan tak lupa juga air susu. Air susu kat sini murah tak mahal macam Malaysia. Tu yang bagus tu. Seperti biasa, bukan semua jenis minuman yang dijual tu boleh/halal untuk diminum, kena baca dan pastikan ingredients nya dulu.  :sad:   Berikut antaranya air-air yang selalu kami minum:

Susu segar 100%. Yang ni sentiasa ada stok dalam peti sejuk. Kegemaran Umar.

Green tea. Yang ni pun boleh katakan tak pernah putus stok. Kegemaran Abahnya.

Teh limau. Pun sentiasa ada dalam stok peti sejuk kami. Kegemaran Umminya.

Jus sayuran campur buah-buahan. Selalu beli. Kegemaran Abahnya.

Pocari Sweat. Pun selalu beli. Kegemaran Abah dan Umminya.

Jus buah orange. Kadang beli yang 100% kadang yang 10%. Takde kegemaran sesiapa, tapi semua orang minum.

[Nota kehidupan: Dalam hidup ni banyak perkara yang kita belum tahu. Rasanya masih ramai yang belum tahu tentang PERKARA INI.]


Responses

  1. teh tarik tara ka?

    • Ada…tapi tak kaw sebab tahap amatur lagi…🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: