Posted by: ummiabah | March 8, 2010

Tempat beradu sang Puteri

Salah satu perkara yang berbeza dengan Malaysia, bayi-bayi kat bumi Jepun ni tak menggunakan buaian dan di pasaraya-pasaraya mereka tak ada menjual buaian. Kalau di Malaysia, buaian boleh dikatakan telah diiktiraf masyarakat sehinggakan supermarket besar-besar seperti Carrefour dan Giant pun ada menjual buaian. Cuma mungkin mahal sikit sebab dah dinaik-taraf, siap ada yang ayun guna motor, supaya si ibu dapat jimatkan masa dan tenaga. (Tapi perlu pantau juga, takut-takut kemalangan berlaku) Oleh kerana kedai-kedai kat sini tak ada menjual buaian, maka Sofiyya dan Surayya pun setakat ini belum merasa menjejakkan kaki ke dalam buaian.

Umar dalam buaian (Bukit Beruang, 2007) Gambar kurang berkualiti sebab gambar scan.

Surayya dan Sofiyya semasa dalam pantang - dalam baby cot.

Sebulan dua sebelum diaorang lahir, ummiabah dah siap-siap beli baby cot sebagai persiapan untuk tempat tidur mereka. (Bahasa tempatan panggil hi low bed🙄 ) Ianya boleh ditinggi dan direndahkan, boleh diayun ke depan-belakang serta mudah-alih. Walaupun hanya sekadar barangan 2nd hand dengan harga mungkin hanya 10% dari harga baru, tapi masih teguh dan berkeadaan baik. Selepas diaorang berumur dalam dua bulan lebih, ummiabah telah membeli pula satu bouncer menerusi online. Istilah bouncer ni rasanya Japanese English, sebab kalau dalam English mungkin dipanggil rocking bed kot. Dalam English, bouncer tu yang kerja belasah orang tu..😯

Bouncer yang kami beli lebih kurang macam ni rupanya.

 Kebetulan salah satu baby cot tu agak berbunyi sedikit bila dihayun dan bouncer tu nampaknya lebih selesa, maka salah satu baby cot tu digantikan dengan bouncer. Jadi, akhirnya seorang tidur dalam bouncer, seorang lagi dalam baby cot. Biasanya Umminya akan menyelang-nyelikan giliran antara Sofiyya dan Surayya supaya adil, tapi kebelakangan ini, nampaknya Sofiyya lebih suka tidur di dalam baby cot, dan susah nak ditidurkan kalau menggunakan bouncer, maka sekarang baby cot dah jadi milik tetap dia. Surayya pulak jenis tak cerewet, yakni senang nak tidur macam Abahnya, jadi senang cerita.   

Baby cot ni dah jadi hak milik tetap Sofiyya..

Surayya dalam bouncernya dengan gaya keayuan.

Mengenai baby cot yang satu lagi, setelah tugasnya digantikan oleh bouncer tu, maka terpaksalah menjadi penghuni stor nampaknya. Tapi, Alhmdulillah baru-baru ni baby cot tersebut akhirnya telah dikeluarkan dari stor untuk dimanfaatkan setelah terperap disitu selama banyak bulan juga ye.. Baby cot tu sebenarnya boleh diadjust daripada katil menjadi kerusi. dengan cara mengubah reclining positionnya yakni menegakkannya (Ada faham ka..?) Jadi, adalah satu kerusi untuk diaorang ni duduk. Eh…nanti kejap….satu kerusi je? Bukan ada dua bayi? Ya…betulll… Sebab itu pada hari semalam, maka Abahnya telah melakukan rondaan di kedai Second Street dan berhasil membawa pulang satu walker yang cute sebabgai kerusi ke-2. Jadi, sekarang kedua-dua mereka dah ada tempat duduk. Senang nak suap nestum serentak… Makan berjemaah….

Siap sedia menunggu nestum made in Malaysia.


Responses

  1. Sama2 la kita…zaid pun suka sangat dok dalam walker..buaian dia pakai letrik..baru lama sikit dia dpt tido..kalau tak, ummi dia berhenti buai, dia terjaga…

  2. eee… geram nye tgk pipi dak brdua tu.. ase nk cubit2… siap sdie le ble dorg lik m’sia nnt.. pipi le part prtma kene serang… kuang2.. sodap x nestum yg kteorg kirim kn tu??

  3. sodap nye nestum yg atuk pos….nyam..nyam…nak lagi nak lagi…

  4. tgk le spe yg pilih kn.. klo x acik anem gak.. hahahahah.. bgga dri plakk…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: