Posted by: ummiabah | March 4, 2010

Catatan perjalanan ke Tokyo

Kedutaan Malaysia di Jepun terletak di Shibuya, Tokyo.

 Semasa umur Sofiyya dan Surayya baru mencecah sebulan lebih, mereka ni telah di`angkut’ sampai ke Tokyo, satu perjalanan yang memakan masa 7-8 jam dengan menaiki kereta. Tujuannya, untuk didaftarkan kelahiran mereka di Kedutaan Besar Malaysia di Jepun yang terletak kat Shibuya Tokyo. Ya! Syarat untuk mendaftar kelahiran warga Malaysia di Jepun ni, dikehendaki supaya si bayi pun dibawa bersama. Suatu peraturan yang agak leceh dan membebankan, terutama bagi mereka yang tinggal jaaauuh dari Tokyo. Terpaksa mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang. Sudahlah terpaksa travel jauh dengan anak kecil, sampai di Embassy, terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam ditambah pula dengan bayi yang menangis..  😦 Diharapkan agar pada masa depan, pihak berkenaan dapat memikirkan peraturan yang lebih mesra ibu dan bayi. Sekurang-kurangnya berilah keutamaan kepada ibu dan bayi, supaya tak perlu menunggu terlalu lama. 

Taman dalam kedutaan yang cantik.

Menikmati keindahan taman dari sebalik dinding kaca.

Oleh kerana itu juga, dah alang-alang sampai ke sana, maka turut sama diapply passport untuk diaorang ni selain mendaftarkan kelahiran. Untuk sijil kelahiran, cuma dalam beberapa hari berikutnya telah pun siap dan diposkan kepada kami. Tahniah dan terima kasih! Untuk passport pula, terpaksa menunggu lama sedikit kerana perlu dihantar ke Malaysia untuk diproses. Dalam 2 atau 3 bulan kemudian, ada panggilan telefon dari pihak kedutaan memberitahu yang passport diaorang dah siap dan boleh datang ambil. Kali ni diberitahu tak perlu bawa bayi bersama. Fuh…lega! 🙂 Bagaimana pun, oleh sebab sibuk dengan macam-macam hal, baru weekend lepas Abahnya sambil ditemani oleh Umar berkesempatan untuk melaksanakan misi mengambil passport Sofiyya dan Surayya. 

Sedang menunggu bas JAIST dalam keadaan separa sedar.

Bas JAIST yang percuma itu.

Sebenarnya, tujuan utama Umar dibawa bersama ialah untuk memberi dia pengalaman travel dengan keretapi, suatu perkara yang UmmiAbah tahu dia cukup suka. Oleh itu, pagi Ahad lepas, Umar dan Abahnya bertolak sebelum pukul 10.30 am ke tempat menunggu bas JAIST yang percuma tu. Sesampainya di tempat menunggu, tak ada orang lain di situ. Hanya sewaktu beberapa minit sebelum bas datang, ada 2-3 kerat orang penumpang lain yang sampai. Perjalanan dengan bas JAIST cuma mengambil masa 10 minit lebih untuk sampai ke stesen keretapi Tsurugi. Stesyen Tsurugi ni bolehlah dimasukkan dalam kategori stesyen kampung. Kecik aje dan agak klasik. 

Pameran peralatan klasik di stesyen Tsurugi yang klasik itu.

Keretapi kat Tsurugi. Kami naik yang sebelah kanan tu.

Dari stesyen keretapi Tsurugi, kami kena naik keretapi hingga ke stesyen bernama Shin Nishi Kanazawa (Pun klasik juga) yang mengambil masa kurang lebih 30 minit setelah melalui lebih 10 buah stesyen-stesyen kecil yang lain. Semasa nak membeli tiket tu, Abahnya sempat bertanya kepada pegawai di situ samada Umar kena bayar atau tidak. Dia bertanya balik “berapa umur anak?” dan selepas dimaklumkan berapa umur Umar, jawapan dia “tak perlu bayar”. (Of course le dia cakap Jepun daaa..) Alhamdulillah, Tambang Umar percuma….sampailah ke Tokyo, percuma. 😛 

Route keretapi memaparkan perjalanan dari Tsurugi ke Shin Nishi Kanazawa.

Menapak beberapa minit menuju ke JR line iaitu stesen Nishi Kanazawa.

Setelah sampai di Shin Nishi Kanazawa tu, kami kena berjalan kaki untuk tukar kepada Stesyen Nishi Kanazawa yang terletak dalam JR line (Japan Railways) yang lebih moden. Kedudukan 2 stesyen tu dekat aje antara satu sama lain, dalam 2-3 minit berjalan kaki. Dari situ kami naik keretapi menuju ke Kanazawa stesyen iaitu stesyen keretapi yang terbesar dalam negeri Ishikawa ni di mana kami akan menaiki keretapi ekspress untuk perjalanan kami seterusnya. Stesyen Kanazawa sangat moden, besar, bersih dan cantik. Kalau banding dengan Tsurugi, ibarat Menara Berkembar Petronas dengan Menara Celcom tepi jalan. 

Stesyen Kanazawa yang besar dan moden.

Sebelum naik lif menuju ke platform tempat menunggu keretapi.

Sesampainya di stesyen Kanazawa yang besau tu, Abahnya dan Umar terus menuju ke kaunter menjual bertanyakan tiket untuk ke Tokyo. Oleh kerana dari Kanazawa ke Tokyo tiada laluan Shinkansen (masih under construction) maka perlu menaiki 2 keretapi. Pertama, keretapi ekspress dari Kanazawa ke Echigo Yuzawa. Dan dari Echigo Yuzawa, perlu tukar train, dari keretapi ekspress kepada Shinkansen (bullet train) untuk ke destinasi yang dituju, stesyen Tokyo. 

Kami bergerak dari Kanazawa ke Ichigo Yuzawa ke Tokyo.

  Alhamdulillah, dengan berbekalkan senjata surat diskaun pelajar yang dikeluarkan oleh JAIST dan ketidak-cukup-umuran Che Umar, maka dapatlah harga yang lebih menjimatkan. Tambah pula beli return tiket, dapat jimat sikit. Untuk keretapi ekspress (Kanazawa ke Echigo Yuzawa) tempat duduknya jenis bebas. Untuk Shinkansen pula, ada reserved dan ada non-reserved. Umar dan Abahnya ambil non-reserved seat sebab kalau ambil reserved seat, Umar akan dikenakan bayaran. So, bertawakkal aje la semoga dapat tempat duduk masa tukar train kat Echigo Yuzawa nanti. 

Gambar sebotol air bersama anaknya.

Lepas dapat tiket, rupa-rupanya ada dalam 20 minit lagi untuk masa berlepas, jadi pergilah ke convenience store yang terletak dalam stesyen tu untuk beli sedikit air untuk bekal masa perjalanan. Air ni alsebab yang bakal menyumbang kepada tragedi yang akan berlaku sekejap lagi… Suspen. Keretapi ekspress menuju ke Echigo Yuzawa bertolak pada pukul 12 lebih tengahari. Alhamdulillah dapat tempat duduk paling depan dalam gerabak tu, senang nak keluar kalau nak ke tandas. Lepas duduk, offerlah Che Umar air, dan dia pun minum dengan seleranya, hampir habis sebotol kecik yang dia punya tu mungkin sebab lepas sarapan pagi tu, belum minum air lagi. Umar masa mula naik keretapi…macam nervous sikit tapi lepas dah settle down, dia mula pandang keliling, tanya itu ini…muka happy je.. 🙄 

Hmm.sedapnya air ni.

Setelah dalam sejam berlepas, tiba-tiba Abahnya terbau satu haruman bau yang macam kenal aje bau tu… Perkara pertama yang terlintas di fikiran masa tu…oo..mungkin bau dari toilet yang berada antara gerabak masa pintu toilet dibuka.. Tapi, beberapa minit berlalu dan bau tu masih tidak hilang. Entah kenapa tangan pun terpegang seluar jeans Che Umar… Jeng..jeng..jeng…Aik ! Kenapa basah ni ???. Inanalillah…hang bocor rupanya !! 😯  Terpaksalah Abahnya membuat makeover persalinan Umar sebab semua pakainannya telah tercemar, kecuali stokin aje yang selamat. Kasihannn… 

Pemandangan luar sepanjang perjalanan, banyak kawasan masih dilitupi salji.

Sedang muhasabah diri gamaknya..

Bagaimanapun, selepas siap persalinan baru, Umar pun dah relaks dan menikmati perjalanan dengan tenang. Selepas lebih kurang 3 jam perjalanan, maka sampailah di Echigo Yuzawa, stesyen dimana perlu dilakukan pertukaran dari Ekspress kepada Shinkansen yang akan menuju ke Tokyo. Berhenti aje keretapi, penumpang-penumpang bergegas meluru keluar dengan lajunya macam berlumba-lumba nak masuk jamban… Rupa-rupanya depa ni mengejar untuk beratur pada sof depan barisan untuk naik gerabak ‘non-reserved seat’ punya. Kita serupa…Camna pun, Abahnya tak boleh leh nak join perlumbaan tu sebab tangan memimpin Umar sambil menggalas beg dan ada ketika kena mendukung dek kerana tangga yang agak tinggi-tinggi jugak. Sampai kat platform yang berkenaan. MasyaAllah ramai dah orang tengah beratur panjang rupanya. Setiap pintu gerabak dah ada barisan…huk..huk.. Terpaksalah ambil tempat dalam belakang barisan. 

Pemandangan semasa beratur.

Tapi, rezeki tetap rezeki, sebab walaupun orang dah penuh masa masuk tu, masih berjaya dapat tempat duduk, alsebab sorang pakcik Jepun yang kesian tengok Umar kot lalu diofferkan tempat kosong kat sebelahnya. Alhamdulillah..Tapi satu seat aje, jadinya terpaksalah satu seat diduduki oleh Abahnya sambil meriba Umar, sampai la kat Tokyo. Masa tiba di destinasi Tokyo, jam dah pun pukul 4 pm lebih. Risau juga samada sempat ke tak nak solat jamak Zohor/Asar…Kemudian call kawan Abahnya, yang pada mulanya janji nak tunggu kat stesyen Tokyo. Rupa-rupanya ada perubahan, kena belayar lagi ke stesyen lain iaitu Akihabara, beberapa stesyen dari situ.  

Bangunan betul-betul depan stesyen Akihabara, bandar peralatan elektrik.

Malam di Akihabara.

Kesimpulannya dalam pukul 4.30 pm baru jumpa kawan Abahnya yang baru selesai buat urusan membeli handphone barunya yang canggih itu.Terus dibawa pegi makan kat restoran Islam kat situ (Akihabara). Restoran tu ada 3 tingkat dan menyediakan terutamanya makanan halal dari India/Pakistan. Cadangannya nak solat di tingkat 3 yang biasanya kosong, tapi masa kami sampai, ramai pula pelanggan hingga penuh ketiga-tiga tingkat. Last-last kami pilih Tingkat 2, order makanan, kemudian sementara tunggu makanan sampai, ambil wuduk dan pergi cari tempat yang sesuai untuk solat. Alhamdulillah berdekatan dari situ ada stesyen keretapi bawah tanah, maka dapatlah menunainkan Jamak Zohor/Asar kat situ.  

Ruang di dalam stesyen keretapi bawah tanah yang kami gunakan untuk solat.

Dalam restoran selepas makan. Air grapefruit tu diikram oleh orang kedai kepada Umar.

Makanan kat situ, boleh tahan jugak sedap. Umar laju je makan roti nan cicah kari  ayam. (atau mungkin chicken tikka-masala 🙄 ) Selesai makan, berangkat ke rumah kawan Abahnya yang terletak berdekatan stesyen Myouten dalam 15-20 minit dari Akihabara menaiki keretapi. Dari stesyen Myouten, kami menapak ke rumah dia. Dekat je tak sampai sepuluh minit. Sampai kat rumah dia, dijamu teh susu yang sedap, lepas tu apa lagi…tidurr…Umar dan Abahnya tidur awal….Keletihan. 

Keretapi ke Myouten. Umar tengah excited dapat tengok secara dekat.

Berikut ringkasan perjalanan yang dilalui Umar untuk hari tu : 

JAIST – Stesyen Tsurugi – Stesyen Shin Nishi Kanazawa – Stesyen Nishi Kanazawa – Stesyen Kanazawa – Stesyen Ecigo Yuzawa – Stesyen Tokyo – Stesyen Akihabara – Stesyen Myouten – Rumah kawan Abahnya.  Subhanallah ! 

Mesin menjual tiket di stesyen Myouten.

Nota: Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi dengan roti canai cicah kari yang sedap, Umar dan Abahnya telah ke Kedutaan Malaysia dan telah mengambil passport Sofiyya dan Surayya dengan jayanya. Mereka pulang ke Kanazawa tengahari tu dengan selamatnya. 

Sarapan pagi roti canai dengan kari kacang kuda. Sedap!

Umar bergambar kenangan dengan kawan Abahnya sambil memejam mata.


Responses

  1. bila baca cerita perjalanan ini, rasa macam yop ada ikut sama2. tambah pulak suspen bila kata adatragedi besar berlaku selepas beli minuman…

  2. hahaha.. pe la umar leyh t’bocOr plak… pape pon alhmdlh sume nye slmt pegi n pulang…


Leave a reply to azmier Cancel reply

Categories