Posted by: ummiabah | March 3, 2010

Karya tak berapa agung

Umar berlatarbelakangkan persekitaran JAIST yang entah kenapa nampak menarik pula pada sudut itu dan ketika itu.

Sekarang ni Umar belum lagi masuk nursery. Insyaallah bulan April nanti dia akan memulakan sesi pengajian di nursery. Semoga semuanya lancar…Aminnn. Oleh itu, buat masa ni hampir 24 jam masanya dihabiskan dalam rumah, terutamanya kalau hari bekerja. Abahnya biasanya masuk pukul 9 pagi dan balik lepas solat isyak kat surau sekitar jam 8.15 pm. Antara waktu tu, hanya balik untuk makan tengahari dan solat asar.

Umar mengenakan baju Upin Ipin yang diimport khas dari Malaysia.

Jadi, masa untuk Umar dan Abahnya biasanya waktu malam dan hari Sabtu dan Ahad. Biasanya, aktiviti2 bersama yang dijalankan untuk menukar angin ialah keluar shopping kat kedai, bersiar kat taman, jalan kaki pusing JAIST. Itu yang outdoor. Yang indoor pulak, temankan bermain keretapi mainan, temankan tengok kartun dan temankan melukis. Melukis, kadang-kadang menggunakan laptop – guna program ‘paint’ tu, dan kadang-kala menggunakan kaler air a.k.a watercolor

Bahan-bahan yang diperlukan...

Menurut pakar, melukis ni memang bagus untuk perkembangan minda budak-budak, Tak caya, tanya Prof. Google. Yang tak bestnya, kalau guna kaler air, insyaallah bukan setakat kertas lukisan yang dikalernya, dengan tangan, baju dan kadang-kadang tu muka sekali pun dikaler.😯 Berikut adalah hasil karya terkini Umar dengan gaya ekspresi bebas menggunakan teknik sapuan kasar utamanya.😆

Semarak Syahdu by Umar. Teknik sapuan nipis....🙂

Tasik Pelangi by Umar.

Layar Kehidupan by Umar.

Hingga Akhir Hayat by Umar.

Dan berikut lukisan bonus dari pelukis jemputan:

Bunga Taqwa by Abah

Keretapi Khuruj by Abah.

Dan akhir sekali, karya istimewa dari pelukis terhormat:

Panahan Iman by Ummi.


Responses

  1. heheheh.. kelakar le cik edee ni.. xpsl2 puji dri sndri pelukis thormat.. nnt leyh le lukis kn plak gmbo anim ek.. heheheh

  2. kreatif….trgelak dlm ati..tersenyum d luaran…:)

  3. ada bakat umar dan pulikis jemputan tu..ni nak belajo sama ni…ok..apa2 pun..teruskan melukis…bila dah terkenal dan kaya nnt jangan lupa kami disini…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: