Posted by: ummiabah | February 25, 2010

Haru

Haru’ (春) bermaksud musim bunga. Cuaca dalam minggu ini tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, disertai pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Dalam kata lain – terasa begitu selesa. Sebab dah agak lama tak bawa Sofiyya dan Surayya keluar, Umminya bawa mereka lepak berehat-rehat kat beranda belakang rumah. Disebabkan rumah kami berada di tingkat paling bawah, antara beranda dan barisan pokok pagar tu, ada ruang rumput dalam 2-3 meter lebar dan memanjang sepanjang bangunan tu.. Jadi, Umar pun mengambil kesempatan hari yang cerah dan berangin ni untuk bermain kat situ.

Umar sedang beriadah di belakang rumah pada hari yang cantek.

Walaupun masih dalam bulan Februari, suhu hari ni naik sehingga suhu tertingginya menghampiri 20oC. Terasa seolah-olah musim bunga dah sampai. Seolah-olah aje…Sebabnya sekarang masih lagi musim dingin, dan semasa kami datang hujung bulan March tahun lepas, salji masih lagi turun! Dan menurut ramalan kaji cuaca Jepun, pada hari lusa, suhu tertinggi akan turun ke paras 10oC semula. Berikut purata suhu, purata bagi suhu tertinggi dan suhu terendah bagi Kanazawa untuk bulan Januari ~ Disember dari tahun 1971-2000. (Untuk JAIST, biasanya kami sejuk sikit dari Kanazawa dek kedudukan kami yang di atas bukit, jadi kena tolak 1oC)

 Secara peribadi, ummiabah paling suka musim bunga sebab cuacanya yang selesa, ditambah dengan bunga-bunga yang mula berkembang, terutama bunga sakura – memang impressive. Bagaimanapun, keempat-empat musim pun ada kecantikan tersendiri, bezanya iklim musim bunga (dari segi suhu dan humidity) yang selesa membolehkan budak-budak dan mak budak keluar rumah menikmati keindahan alam semulajadi setelah puas berkurung dalam rumah pada musim sejuk.

Berikut adalah pemandangan 4 musim sekitar JAIST.

 Musim Sejuk – Fuyu (冬) 

JAIST library

Ke JAIST

Menuruni bukit dari JAIST

                                                                                 

 Musim Bunga – Haru(春) 

Taman JAIST

JAIST library

Taman JAIST

 

Musim Panas - Natsu(夏)

Pentadbiran

Jalan depan co-op

Taman City Hall

 

 

Musim Luruh – Aki (秋)

Depan JAIST

Jalan dalam JAIST

Jalan ke JAIST

  

 

Responses

  1. best nye dpt tengok bunga sakura betul2 ! tolong petik dan awetkan , bwk balik mesia..tihihii..:p

    • Kami cadang nak wat balik salji….🙂

  2. InsyaAllah.. Sangat sesuai jemaah masturat Malaysia ke Jepun musim ni..

    • Aminnn…Lama dah jemaah Malaysia tak datang Jepun ni…😦

  3. Ya Allah ..hantarlah jemaah M’sia banyak2 kat Jepun..Amin

  4. ameennn!! hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: