Posted by: ummiabah | February 24, 2010

Hari ini dalam sejarah

Kami boyehhh.... Surayya & Sofiyya (Feb. 24, 2010)

Pada tanggal 22/2/2010 bersamaan 8 Rabiul Awal 1431 yang lalu, satu peristiwa bersejarah yang tidak dijangka telah berlaku. Seorang bayi telah memecahkan rekod peribadinya dengan melaksanakan satu pergerakan yang tidak mampu dilakukannya sebelum ini. Pergerakan yang sama kemudian turut dikesan berlaku pada hari berikutnya 23/2/2010 oleh adik bayi tersebut, yang juga merupakan seorang bayi.😀 Pergerakan tersebut yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ne-gaeri (寝返り) atau dalam bahasa saintifiknya `meniarap’ telah direkodkan diruang tamu rumah kami. Ya! Akhirnya, Sofiyya dan Surayya telah berjaya meniarapkan diri mereka sendiri tanpa bantuan asing. Dimulai dengan si kakak Sofiyya, diikuti oleh si adik Surayya pada hari berikutnya. Alhamdulillah..

Masa untuk bayi mula meniarap sebenarnya berbeza-beza bergantung kepada individu bayi. Secara umum, bayi mula meniarap ketika berusia antara 5-6 bulan. Si Sofiyya dan Surayya pada 27/2/2010 nanti akan genap 7 bulan. Tetapi, pada hakikatnya diaorng ni baru akan cukup 6 bulan pada tarikh tersebut jika mengikut usia sebenar mereka. (Sebab meraka lahir sebulan awal). Tapi, kalau bayi anda masih juga belum meniarap walaupun dah mencapai usia 6 bulan, janganlah risau, sebab anda ada geng. Umar dulu sebenarnya mula meniarap masa berumur 7 bulan!😯 dan mula berjalan masa berumur 1 tahun 2 bulan, mengikut jejak langkah Abahnya dengan jayanya yang juga lambat berjalan dan lambat bercakap…..😀

Umar sedang beraksi dengan gaya malu-malu kucing.


Responses

  1. taniah ler baby 2 S ni dah meniarap..nmpknye Zaid le meniarap dulu..umur 5 bulan dah start tiarap sikit2..tp xbrape rajin sbb badan berat kot

  2. begitu jugak kita kalu umur panjang jadik tua akan kembali merangkak dan meniarap….huhuhu
    tu sebab makin tua makin suka ngan budak budak sb perangai dan habit pun cam budak2.. pun kuat merajuk..huhuhu

    • Kalau orang muda yang kuat merajuk…maksudnya dia sebenarnya tua…kot

  3. Insya’allah tak lama lagi boleh jalan…sampai M’sia boleh terus berlari….atuk akan main aci kejar dengan depa…

  4. cantek le sweater cik om tu.. beli kn satu utk acik anem leyh x?? minat sgt.. wane nye pon pdn n lawa… hehehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: