Posted by: ummiabah | February 23, 2010

Anak dagang di rantau orang

Tokyo Jame' Masjid (Sept, 2009)

Berikut adalah data yang dicilok dipinjam dari website JAIST menunjukkan jumlah bilangan pelajar asing di JAIST. Ramai jugak rupanya pelajar asing di sini. Malaysia nampaknya selesa berada di tangga ke-4 berkongsi dengan Bangladesh. Oleh itu, sesiapa yang berhasrat untuk menaikkan Malaysia dalam ranking ni, sudi-sudilah kiranya apply ke JAIST ni ye. (promote sikit😀 )

 Dari data ni, ada seramai 200 orang pelajar asing daripada 1000 orang lebih pelajar keseluruhannya. Jumlah pelajar kat JAIST ni tak seramai universiti-universiti lain sebab JAIST hanya menawarkan post-graduate studies (Master & PhD) aje. Kebanyakan pelajar asing di JAIST berasal dari benua Asia, dan hanya segelintir dari Eropah dan Afrika. (Bagi sesiapa yang tak tahu, Mesir dan Tunisia adalah terletak di benua Afrika) Kalau ikut peratusan, peratus pelajar asing adalah lebih kurang 20%. Dari 200 orang tu, jumlah pelajar Islam ada la dalam 20 orang lebih. (2% je..huk.. huk)

Umar sewaktu gathering June, 2009. Yang berdiri tengah dukung anak tu, student Mesir dengan seorang dari tripletnya. Semua girls.

Mungkin sebab jumlah kami yang seciput tak seramai mana tu, maka community orang Islam kat sini boleh dikatakan tidak asobbiyah, yang mana kami saling bercampur gaul tanpa mengira negara. Ummiabah memang tabik spring dengan student-student Islam di JAIST ni terutamanya orang-orang Mesir yang cukup tinggi sifat ikramnya. Orang kita memang tak boleh celen lawan diorang ni kalau bab ‘genuinehospitality. Pantang kalau ada student yang baru datang, diaorang akan bertanyakan ehwal dan terus mengofferkan pertolongan mereka. Maklumlah, waktu baru sampai, kenderaan semua takde lagi, memang mujahadah sikit terutama kalau nak shopping dalam jumlah yang banyak, tak cukup tangan nak mengangkut kalau naik bas. (Sebab itulah, 100% student Malaysia kat JAIST ni ada kereta sendiri. Ianya keperluan.)  Lagi satu, mereka ni ada satu style menghulurkan pertolongan yang membuatkan kita tak rasa segan nak meminta tolong. Mungkin sebab kerana mereka mengofferkan pertolongan tu dengan ikhlas.🙄

Umar sedang cuba di'interaksi'kan dengan anak Malaysia lain.

Bagi kaum Muslimin di JAIST, peluang kami berkumpul ialah seminggu sekali iaitu waktu solah Jumaat. Kaum Muslimat pula, untuk berkumpul kesemuanya kena tunggu masa gathering di buat. Gathering yang biasa dibuat antaranya gathering sempena sambutan Eid Fitri dan Eid Adha atau semasa meraikan student baru dan meraikan mereka yang habis belajar dengan jayanya. Biasanya untuk perjumpaan-perjumpaan sebegitu, kami akan menempah bilik khas yang memang disediakan oleh pihak JAIST untuk tujuan tersebut dan kadang-kadang siap tempah bersama dengan Japanese room, yang terletak disebelahnya. Tujuannya untuk memberi peluang kaum ibu berkumpul sesama kaum ibu dan kaum bapa sesama kaum bapa. BTW, semua bilik dan peralatan adalah percuma. Untuk pengetahuan, banyak benda yang boleh dipinjam percuma (ada ke pinjam berbayar?😆 ) dari pihak JAIST seperti basikal, peralatan sukan, peralatan ski, digital camera/video, car navigation system dll. Oh ya! Internet (LAN) juga free untuk setiap rumah. Baiknya JAIST..  (promote lagi😀 )

Sebuah institusi bernama JAIST sedang menggamit-gamit bakal pelajar dari Malaysia.


Responses

  1. pomott..jgn x pomot..tp encik yeop xde can lg kot nk smbung blaja lg di sana..

  2. Kono bolajar bahaso jopun la yo.. (jawapannya; hait..)

    • Tak apo Jang. Kalau kuar jemaah ko Jopun, tak payah risau. Ramai budak-budak Mesia kita boleh jadi pengterjemahnya. Tunggu tuan datang je..

  3. salam…
    doakan..kalau ada conf kat sana nak jugak cuba hantar paper…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: