Posted by: ummiabah | February 19, 2010

Onigiri a.k.a Nasi Kepal

Nasi yang ditanak oleh chef professional menggunakan beras Jepun

Makanan ruji kami di Jepun bukanlah roti seperti Mat Salleh, bukan pula jagung seperti sesetengah masyarakat di benua Afrika, dan bukan juga sagu seperti masyarakat peribumi di Sarawak satu ketika dahulu – tetapi ia adalah nasi. Ya! Sepertimana rakyat Malaysia, makanan ruji masyarakat Jepun juga adalah nasi, dan padi ditanam di seluruh pelosok negeri di Jepun. Kadang-kadang di tepi kilang atau tepi tempat parking, kita boleh lihat sawah padi yang subur terbentang – atau lebih tepat terselit, sebab saiznya yang kadang-kadang mini aje. Mungkin disebabkan teknologi pertaniannya yang advanced, maka segenap pelosok tanah yang ada dapat dimanfaatkan untuk kegunaan pertanian, apatah lagi dibantu oleh faktor tanah gunung berapi yang subur. (Eh..rasa macam tengah menjawab soalan Geografi SPM la pulak..😆 )

Sawah padi yang 'parking' sebelah parking lot. Parking lot nun kat sebelah sana.

Kalau di tempat kami ni, di sekitar JAIST, sawah-sawah padi memang banyak terbentang luas memaparkan pemandangan yang damai nan permai. Di kawasan ini juga turut diusahakan tanaman gandum, silih berganti dengan padi, bergantung pada musim. Tambah-tambah kalau musim gandum masak, MasyaAllah memang cantik..Dengan warna keemas-emasan yang melambai-lambai dipupuk angin.

Golden fried rice oleh chef professional lagi pakar. Sedap dimakan bersama fishball.

Apabila memasak beras Jepun, sukatan air yang perlu digunakan mesti kurang sedikit berbanding semasa menanak nasi menggunakan beras Malaysia. Bila siap dimasak, nasi Jepun nampak lebih berkilat permukaannya dan sedikit melekit. (Tapi tak sampai melekit macam pulut) Rasanya – Sedap! Secara peribadi, ummiabah lebih suka beras Jepun, kecuali sewaktu nak masak nasi goreng. Untuk nasi goreng, ternyata lagi terbukti beras Malaysia lebih sedap/sesuai. Oleh itu, kami memang menyimpan stok beras Thai yang dibeli secara online semata-mata untuk diapplikasikan😀 jika teringin nak makan nasi goreng. Sebabnya, beras Malaysia/Thai lebih senang mem ‘berai’ (bak kata oghe kelate) bila masak berbanding beras Jepun yang agak melekit – justeru beras Jepun lebih sesuai untuk dibuat nasi kepal, seperti dalam kes onigiri dan sushi.

Rupa budak Melayu yang gemar makan onigiri.

Bercakap tentang onigiri, Umar cukup suka makan onigiri. Kalau beli onigiri kat co-op JAIST, sekelip mata je dia habiskan seketul tu. (Seketul dalam Yen100) Onigiri ni berupa nasi kepal yang dikepal bersama lauk. Lauk yang digunakan ada bermacam-macam, contohnya isi tuna, isi salmon, telur, telur ikan dll. (Hatta lauk ala asam boi pun ada!) Bentuk onigiri pun ada macam-macam. Ada tiga segi leper, ada bulat leper (discus shape) dan ada bulat panjang (cylindrical). Tapi, tak semua onigiri boleh dimakan kerana banyak yang ditambah bahan-bahan ekstrak dari haiwan – oleh itu, tak halal.😦 By the way, onigiri yang kami biasa beli ialah onigiri tuna, onigiri tuna mayonnaise dan onigiri salmon.

Onigiri pelbagai bentuk dan rasa siap untuk dibeli.

Maklumat tambahan bergambar:

Sushi (Kesukaan Abahnya): Nasi yang dikepal bersama ikan, telur ikan, sotong atau udang segar/mentah. Hanya sushi telur je yang tak mentah.

Sashimi: Hirisan-hirisan nipis daging (biasanya ikan). Tak pernah beli, sebab ada sedikit mahal.


Responses

  1. sambunganya

  2. kawe pun suke make sushi espeselly sushi tuna..hmm ade bakat dop jadi oghe jepun ? :p

  3. […] yang semaksima mungkin. Seperti mana mereka memanfaatkan segenap ceruk tanah dengan sebaiknya (boleh rujuk entri ni), begitu jugalah mereka memanfaatkan anugerah air yang Allah turunkan kat bumi Sakura ni. Walaupun […]

  4. […] ni boleh dibeli di pasaraya2 dalam bentuk paket-paket kecil. Nak makan, ceduk nasi panas-disyorkan nasi beras Jepun, buka natto atas nasi, letak atas nasi, pecahkan sebiji telur atas nattou, hiris sayur (daun bawang […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: