Posted by: ummiabah | February 17, 2010

Misteri makhluk halus..

Makhluk halus yang dimaksudkan di sini bukanlah jin ke.. atau bunian, tetapi merujuk kepada makhluk-makhluk Allah yang bersaiz kecil seperti semut, nyamuk, lalat, lipas dan yang seangkatan dengannya. Kalau di Malaysia, kehadiran makhluk-makhluk halus ni sukar untuk dibendung walau pelbagai cara dan usaha diambil untuk menyahkan mereka. Mereka ni sentiasa mengintai peluang untuk menceroboh kediaman kita. Terutamanya kalau rumah kampung, terpaksa ler menerima hakikat kewujudan mereka semua ni dan belajar hidup bersama mereka. Antara makhluk-makhluk halus yang biasanya ada di rumah-rumah kat Malaysia ialah:

1. Semut

2. Lipas

3. Nyamuk

4. Lalat

5. Cicak (Ni tak berapa halus😀 )

(Nota : Tidak berdasarkan mana-mana statistik yer…)

Spesimen makhluk halus dari spesis periplaneta americana@lipas rumah

 Semenjak kami tinggal di kediaman kami di JAIST ni, di antara 5 makhluk dalam senarai di atas, hanya satu je yang pernah kami jumpa dalam rumah kami – nyamuk. Ya! Kami hanya berpeluang untuk melihat nyamuk, itupun hanya pada msuim panas dan bilangannya boleh dikira dengan jari. Kalau nak tengok semut, kena keluar rumah dan cari dekat bawah-bawah rumput tepi jalan – ini pun hanya pada musim panas.

Rupa anak-anak malang yang tidak pernah melihat cicak.

Makhluk-makhluk halus lain seperti lipas, lalat dan cicak setakat ini belum dapat dikenalpasti kewujudan mereka di kawasan kami tinggal ni. Adakah mereka tak ada di bumi Jepun ni? Tak mungkin. Sebabnya, dalam bahasa Jepun ada perkataan Jepun (bukan pinjam) yang merujuk kepada makhluk-makhluk ni. (Lipas – Gokiburi, Cicak – Yamori, Lalat – Hae) Apakah yang menyebabkan mereka menghilangkan diri ? Adakah mereka lebih selesa berada di dalam hutan, bersembunyi dari pandangan manusia ? Atau adakah mereka tak tahan sejuk ? Hanya mereka yang tahu jawapannya..

Umar sedang berlatih bagi mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan makhluk-makhluk halus bila kembali ke Malaysia.

 


Responses

  1. Kelakar betul tengok umar tengah buat persiapan lawan makhluk halus…

  2. memang kelakar….hehehe…almaklumlah udah 1thn tidak menyaksikan kewujudan makhluk 2 halus berlegar legar ….

  3. umah kami jgn cakap..semua makhlus halus tu ada..skrg ni yg tgh menjadi2 ialah lipas…eii..mencikkk~tiap2 malam berperang dgn lipas


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: