Posted by: ummiabah | February 15, 2010

Saling ‘pass baton’

Bersama Opah Jengka sewaktu AidilFitri 2007. Atas riba Opah ialah Alia, sepupu Umar.

Sofiyya dan Surayya ni merupakan kembar tak seiras, sama seperti Opah Jengkanya. Dalam English dipanggil fraternal twins atau non-identical twins. Fraternal merujuk kepada maksud brotherly – mungkin sebab mereka ni seumpama 2 adik beradik yang terjadi serentak. Dalam bahasa Jepun pula dipanggil ‘Niransei Futago’ yang bermaksud ‘kembar dari dua benih’ – merujuk kepada pembentukan mereka yang berasal dari dua benih yang berbeza. Berbanding kembar seiras, kebarangkalian kembar tak seiras berlaku adalah lebih tinggi dan risikonya pula lebih rendah. Kembar seiras pula sebenarnya kandungan berisiko tinggi dan terdedah kepada bermacam-macam risiko semasa dalam kandungan antaranya ialah risiko kembar siam, twin-to-twin transfusion syndrome, tali pusat berbelit dan `mo-mo’ twins (monochorionic/ monoamnionic – satu kantung, satu ketuban?). Kesemua ni boleh menyebabkan kematian salah seorang atau kedua kembar tersebut samada dalam kandungan atau sejurus selepas dilahirkan.

Kandungan kembar tak seiras

Walaupun Sofiyya dan Surayya ni kembar tak seiras, tapi entah kenapa rupa mereka ni semakin hari semakin menghampiri antara satu sama lain rasanya. Adakah faktor pemakanan? (Tapi diorang ni masih minum susu je..😀 ) Mungkin bila semakin membesar nanti akan semakin berbeza kot.. 

Perbezaan utama rupa antara mereka ni ialah dahi Surayya agak lebih tinggi (menonjol) sedikit berbanding dahi Sofiyya. Sementara mata Sofiyya pula lebih kecil sedikit (∓ 0.05 mm) :lol: berbanding mata Surayya. Dari segi perangai pula, mereka dua orang ni selalu berubah-ubah. Kalau hari ni si Sofiyya OK, si Surayya banyak buat songeh hal. Lepas tu, si Surayya pula cemerlang dan Sofiyya pula merosot. Bak kata Umminya saling ‘pass baton’. Mungkin ini semua adalah hikmah dari Allah untuk meringankan beban Umminya. Bayangkan kalau prestasi kedua-duanya merosot serentak. Tak cukup tangan dibuatnya.😥 Di tambah lagi dengan seorang lagi baby besar yang tak boleh diabaikan impaknya – Che Umar.

Baby besar: Cita-cita saya nak jadi professor yang beriman. Laailahaillallah!

Setelah membaca karangan di atas, sila jawab soalan berikut, berdasarkan gambarajah gambar di bawah:

Pilih jawapan yang BENAR.

Si baju pink

Si baju biru

 A. Yang baju pink adalah Surayya, yang baju biru adalah Sofiyya.

B. Yang baju pink adalah Sofiyya, yang baju biru adalah Surayya.

C. Kedua-duanya adalah Sofiyya.

D. Kedua-duanya adalah Surayya.

E. Kesemua yang di atas.


Responses

  1. yop dan yong teka B…betul tak ..:)

    • Tahniah. Jawapan anda betul. Nah amik 5 markah.

  2. wow terer nye…alhamdulillah….yop n k.young udah kenal n tau beza face anak sedara…walaupun hanya menatap pic aje…..banga nye saya…hehehehe
    AFundi yopyong…

  3. Afundi jangan tak afundi…letihnya baru balik medan, indonesia….
    http://ummi-hanie.blogspot.com
    http://www.facebook.com

  4. anim pon teka B.. maaf le lmbt ek cz bru je dpt on9 setelh bbrpe agi bz bjln… hehe

  5. kembor xseiras ehh..k.yong engatkan seiras..kalo tgk gambo,mmg sejibik…

    liza,kembar kali ni ade iras2 liza…:)

  6. diorg nie sejibik tapi xsama…..ummiabah pun boleh tersilap kadang kadang tue….ku ingatkan sofiyya rupa 2 nye surayya…..yg surayya pulak disangkakan sofiyya …gitu le ummiabah hari2…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: