Posted by: ummiabah | February 11, 2010

Mengimbau saat itu

Esok (12/2/2010 – banyaknya duaaa..) usia Sofiyya dan Surayya akan mencecah 200 hari. Berat pun semakin bertambah, tinggi pun semakin meningkat. Masing-masing dah ada rupa tersendiri dan semakin menampakkan kekiutannya hari demi hari. Kalau masa lahir dulu, masing-masing melidi je, maklumlah lahir sebulan awal – ruang dalam perut Umminya sudah terhad. Betul-betul lahir sebulan awal dari due date yang diberikan doktor. Dan elok-elok sehari selepas Atuknya sampai dari Malaysia – diimport khas untuk menjaga Che Umar, sementara Umminya berada dalam wad sebab takde siapa nak jaga. Abahnya merangkap translator peribadi Ummi pun kena ikut masuk wad. 8)

Surayya (kiri) dan Sofiyya (kanan) seawal usia seminggu. Kecikk aje...tapi maintain cute

Walaupun dah bersedia dan menjangkakan kelahiran yang lebih awal daripada due date – berdasarkan purata tempoh kehamilan kembar yang kebanyakannya tak genap 40 minggu, tapi siapa yang akan sangka yang mereka ni keluar elok-elok awal pagi, selepas hari ketibaan Atuknya. Subhanallah! Hari tu hari Isnin, seawal sekitar jam 4 pagi, tiba-tiba Umminya cakap rasanya air ketuban dah pecah. Tapi, yang ajaibnya (ke biasa?) contraction langsung takde masa tu. Camna pun, bergegas le siapkan barang (kebanyakannya memang dah disiapkan dari awal) dan pecutkan kereta ke hospital. Hospital ni terletak di Kanazawa-city dan mengambil masa dalam 45 minit perjalanan. Nasib baik pagi, kereta kurang, jalan lengang.

Pemandangan dari depan hospital - kelihatan bangunan pentadbiran negeri Ishikawa.

Sebenarnya memang ada banyak hospital yang berhampiran, samada private atau gomen, tapi kelebihan di hospital yang kami pilih ni, kita boleh request doktor wanita yang memang akan in charge atas si ibu dari check bulanan masa hamil, sampai waktu melahirkan. Alhamdulillah…kat Malaysia pun belum tentu boleh dapat perkhidmatan macam ni. Apatah lagi doktor yang in charge ke atas Umminya, MasaAllah lembut benar orangnya. Doktor Sasakura namanya. (Sini panggil Sasakura-Sensei)

Gambar seorang ibu dan anak di pinggiran hospital pada suatu petang yang cerah lagi indah

Sampai di hospital pun masih belum contraction, boleh borak santai lagi. Pun begitu, terus dimasukkan ke bilik bersebelahan dengan labour room. Menunggu contraction datang. Dalam sejam menunggu, mula rasa sakit, sakit sekejap pas tu hilang. Lama-lama makin kerap sakitnya datang dan makin perit kesakitannya. Sampai dah rasa macam betul-betul nak meneran terus diangkut ke labour room.

Eh..eh...Cam kenal jer awak ni... (Sofiyya & Surayya - First meeting)

Dalam labour room, yang bagusnya semuanya doktor termasuk jururawat adalah wanita.😳 Dalam pukul 7.26am, Alhamdulillah peserta pertama yang melangkah keluar ke alam dunia yang fana ni ialah Cik Sofiyya dengan berat 2.34 Kg. Dibersihkan oleh para jururawat, kemudian diletakkan atas Umminya. Eh..eh…sampai terlupa ada sorang lagi kat dalam. Tu pasal, Cik Surayya lambat sikit menyusul – 16 minit kemudian seberat 2.32 Kg. Masa keluar tu, putih benor kulitnya, padahal Abahnya boleh tahan kesawo-matangannya.

Assalamualaikum semuaa.. (Surayya, 2 days old)

Ingatkan lepas dua-dua selamat keluar, boleh menarik nafas lega la…Tapi tidak, Cik Surayya pulak direquest oleh doktor bayi (paediatrician) supaya dimasukkan ke dalam NICU. (Neonatal Intensive Care Unit). Alasannya (chewah) dia nangis tak cukup kuat masa keluar tu. Alhamdulillah lepas check segala bagai, tak ada apa-apa ketidaknormalan. Dua hari lepas tu dibenarkan bersama si ibu – dan bapa, pasal Abahnya pun bermalam kat wad 5 malam.😯 ) Masa hari ke-4 tu, Sofiyya ada sikit kuning, tapi tak sampai duduk bawah lampu. Hari Sabtu tu, kesemua si kembar, si ibu dan si bapa selamat keluar wad dengan jayanya. Alhamdulillah. Kesimpulannya, secara keseluruhannya melahirkan bayi kat Jepun ni mudah, tak tension dan kurang stress. Satu, sebab alat kelengkapan yang memang lengkap, tapi yang lebih penting sebab layanan doktor dan jururawat-jururawatnya yang mesra dan sopan.

Terima kasih kepada para doktor dan nurse di Ishikawa Prefectural Central Hospital

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: