Posted by: ummiabah | February 9, 2010

Heater dan Stokin

Sepanjang musim sejuk di JAIST, suhu secara puratanya antara 0 hingga 8oC. Itu suhu di luar rumah, suhu di dalam rumah pula bergantung kepada tahap penggunaan heater.  Biasanya, suhu yang kami ‘set’kan pada heater rumah kami dalam 20-22oC. Heater yang kami gunakan terdiri daripada 3 jenis iaitu heater gas (ini memang sedia ada dalam rumah, hakmilik JAIST), heater elektrik (pemberian orang) dan heater minyak (ada 2, satu dapat, satu beli baru). Antara ketiga-tiga heater tu, yang paling cemerlang ialah heater gas (takde bau dan selesa), kemudian heater elektrik (takde bau tapi agak mengeringkan tekak) dan last sekali heater minyak (ini menggunakan kerosene@minyak gas, berbau sikit) Heater pula perlu digunakan secara bijak, terutama heater gas kerana kalau dipasang sepanjang hari, akibatnya bil gas akan naik melambung-lambung. Oleh itu, pengunaan heater perlu dioptimumkan.

Jenis heater elektrik yang terdapat kat rumah kami

Jenis heater minyak yang terdapat kat rumah kami

Di rumah kami,untuk bilik tidur, heater elektrik digunakan. Di ruang tamu, heater gas, sementara di ruang bilik air dan bilik kedua, heater minyak digunakan. Bilik air pun perlu (bukan letak dalam bilik air – tapi di depan bilik air), sebab kalau tak pasang heater, untuk masuk bilik air lepas bangun pagi, memerlukan tahap ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.😆 Di samping itu, stokin sentiasanya dipakaikan kepada kepada Umar, Sofiyya dan Surayya di samping pakaian yang sesuai. Sarung tangan tak dipakaikan sebab Sofiyya dan Surayya sekarang tengah boom menghisap jari.

Tiga beradik menggayakan stokin masing-masing (Jan, 2010)

Dalam banyak-banyak stokin tu, ada satu stokin yang menyimpan banyak kenangan. Stokin ni asalnya ada tersimpan di rumah kami di Melaka dan dibawa oleh Atuknya masa datang ke Jepun tahun lepas. Stokin ni sebenarnya stoking Arwah Durar yang dihadiahkan oleh Opah Jengka kepadanya. (Selain tu, Opahnya ada menghadiahkan set tilam dan bantal kekabu siap bersarung warna merah gelap kepada Durar). Alhamdulillah sekarang stokin tu diturunkan kepada adik-adik Durar dan dimanfaatkan.

Surayya menggayakan stokin warisan arwah kakaknya

 


Responses

  1. eeeee… geram nye tgk 3brdik tu… rndu beb…
    bile la nk jmpe ek.. klo dh jmpe nnt siap le 3brdik tu… hehehe… cOmel stokin2 nye.. leyh wt koleksi… hehehe…

  2. trbalik kan..kat sana wajib ade heater..kat cni plak dah mcm wajib ade a/c .. tmbh skang ni tgh musim panas x hengat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: