Posted by: ummiabah | February 8, 2010

Taklimat Kemasukan ke Nursery

Pemandangan dari jalan berdekatan Miyatake Nursery

Tanggal 4 Februari 2010 (Khamis) merupakan hari bermulanya lembaran baru bagi dunia persekolahan Umar. Walaupun sudah kerap kali men-jejakkan kaki di menara gading yakni universiti (sebab mengikut Abahnya – biasanya lepas office hour atau Sabtu Ahad) tetapi sebenarnya Che Umar ni belum pernah mejejakkan kaki ke taman asuhan kanak-kanak atau yang seangkatan dengannya. Hari tersebut merupakan hari taklimat untuk kemasukan ke taman asuhan kanak-kanak (nursery) Miyatake yang terletak lebih kurang 5 minit dari JAIST.

Pintu masuk Miyatake Nursery yang cun

Rak kasut berbunga yang cun juga

Sebenarnya, permohonan untuk memasuki nursery tersebut telah pun dibuat dalam bulan Oktober (kok tak silap) tahun lepas untuk kemasukan bulan April tahun depan. Di Jepun ni semua kemasukan ke universiti, sekolah dsb akan bermula pada bulan April bukan Januari macam Malaysia. Umur untuk persekolahan juga akan dikira bermula dari 1 April bukan 1 Januari. Oleh itu, contoh macam kes Umar, rakan-rakan sekelasnya nanti akan terdiri dari mereka yang lahir dari 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007. Sebabnya mungkin kerana di Jepun ni, berakhirnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga pada bulan April. Bila masuk April, maka bunga-bunga sakura akan mula berkembangan, memaparkan pemandangan kuntum-kuntum merah jambu di segenap pelosok jalan dan taman. (Ini kerana, ketika ini daunnya langsung tiada sebab luruh ketika musim luruh dan yang tinggal cuma putik-putik bunga sahaja)

Taman dalam nursery yang kesejukan diliputi salji

Taman di sebelah nursery yang mengalami nasib yang sama.

Walaupun pada hari tersebut salji turun renyai-renyai bak kapas memutih, Alhamdulillah tak ada masalah untuk membawa Umar pergi ke nursery tersebut. Umar dan Abahnya bertolak dengan kereta merempuh salji seawal pagi lagi. Pendaftaran bermula pukul 9.30 am dan diteruskan dengan acara mengukur saiz topi serta baju dan seluar, kemudian acara mendengar persembahan kanak-kanak taman asuhan yang berumur mungkin dalam 5-6 tahun, kemudian sesi bebas, kemudian diakhiri dengan temuduga😯 secara personal seorang demi seorang ibu/bapa dan kanan-kanak dengan guru. Masa tu, kena explain la tentang ehwal kita sebagai orang Islam dan perihal batasan dalam pemakanan. Mereka pun sebenarnya telah biasa, sebab terdapat tak kurang dari 10 orang anak-anak orang Islam yang terdapat kat situ.

Umar sedang menggodek basikal semasa acara bebas.

Ketika menunggu nama dipanggil untuk sesi temuduga. Makhluk yang berada di bahagian bawah gambar ialah Umar.

Sepanjang berada kat nursery, Umar menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sebab dia tak ada buat hal dan OK je bermain dengan basikal dan membaca (tengok gambar je) buku tentang keretapi. (seperti yang dijangkakan) Mungkin sebab adanya faktor kewujudan Abahnya kat situ. Semoga semasa kemasukan bulan April nanti pun, semunya akan berjalan lancar walaupun kelak faktor kewujudan bapanya akan dihilangkan sedikit demi sedikit.😆

Cenderahati yang diberi selepas sesi temuduga. Diperbuat dari kotak susu dan kertas pembalut.


Responses

  1. nk msuk gak nursery dgn cik om leyh x?? cik anem dh lme asenye xmsuk skOla…. hehehe

  2. alooooooo acik anim mane leh msk skola che om….masuk madrasah leeeeeeeeee

  3. mak yong (aikss..kalo kakyong buleh tak?? :p) lagi lame tak skola le cik anim…huahuahua..asik antor anak skola je…tihihi..

    hurm,cantik+kreatif beg cenderahati itu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: