Posted by: ummiabah | February 3, 2010

Strawberi No. 1

Buah strawberi yang telah separuh di'belasah'

Menurut kaji-selidik yang dijalankan oleh NHK Broadcasting Culture Research Institute pada tahun 2007, buah yang menduduki kedudukan teratas dalam ranking buah-buahan kegemaran rakyat Jepun ialah Cik Strawberi. Lebih mengejutkan lagi, kedudukan itu telah disandang untuk kali ke-2 berturut-turut setelah kaji-selidik yang pertama dilakukan pada tahun 1983. Strawberi menjadi pilihan pertama bagi mereka dalam lingkungan umur 20-30 dan 30-60 tahun bagi lelaki mahupun wanita. Bagi mereka dalam lingkungan umur 60 tahun ke atas, mikan (yakni buah limau manis) merupakan pilihan pertama buah kegemaran, mengatasi strawberi yang menjadi pilihan ke-2. Berikut senarai top-ten buah-buahan kegemaran orang-orang Jepun. Kedudukan ranking untuk kajiselidik sebelum ini (1983) pun diberi dibahgian bawah graf. Perhatikan peningkatan ketara untuk pisang dan epal. By the way, pisang tak ada ditanam di Jepun (kecuali di pulau Okinawa – selatan Jepun) dan yang dijual di pasaran adalah diimport dari Philippine, Brazil dll.

Ranking buah-buahan kegemaran rakyat Jepun (Data 2007)

  Sebenarnya, strawberi juga menjadi buah kegemaran Umar nombor satu. Biasanya dalam musim luruh,musim sejuk sehingga musim bunga, buah strawberi banyak berada di pasaran dan harganya pun berpatutan. (Kalau musim panas, agak mahal) Strawberi kat Jepun ni ada macam-macam saiznya, ada yang petit (kecil) macam kat Malaysia dan ada yang sekali ganda lebih besar dari tu. Rasanya pula ada yang sikit masam, dan ada yang lebih manis. Biasanya Umar suka makan strawberi ni dengan gula, walaupun strawberi tu dah manis. Sebab kenapa buah strawberi menjadi kegemaran orang-orang Jepun dan bukan Jepun (termasuk Umar) sukar ditentukan secara pasti. Nak kata rasanya yang masam-masam manis, limau pun masam-masam manis, nak kata warna merah, epal pun merah…Mungkin gabungan kesemuanya, baunya, rasanya, bentuknya dan warnanya…Wallahualam.

Pulangkan strawberi ku...Pulangkannnn

Umar sedang dalam sesi memakan strawberi


Responses

  1. amboi cik om…
    mkn strwberi xigt nk bg achik anem cket ek…
    xpe2…brtuah nye ank sdre!! kuang3…

  2. ala anim gi je panjat cameron highland dgn cik abg..nak satu kebun stoberi pun buleh🙂

    opsss…nyampukss pulokk :p

  3. betoi tue kyoung panjat je cameron higland…tp xsama ngan jepin nye manis nye lain ckit……

  4. xmboh le… dh jemu cameron hghlnd pye… acik anem nk yg cik om mkn tu… nk gakkkkk… ngidam nie… ayok xtw… hehehehe…

  5. […] ni suka makan strawberi. (Tengok entri ni). Suatu hari, tatkala Abahnya sedang memakan strawberi, maka dilihatlah oleh Che Umar. Dia pun […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: