Posted by: ummiabah | February 2, 2010

Tempat Rekreasi Bah. II

Berkereta dalam 10 minit dari JAIST pula, tereletak satu lagi taman yang selalu kami pergi. Taman ni lebih mesra dengan panggilan Taman Dekat City Hall, lantaran kedudukannya yang berhadapan dengan City Hall (City Council). City Hall tu adalah tempat warga-warga asing termasuk pelajar asing mendaftarkan diri masa mula-mula masuk Jepun dan tempat dimana kad untuk warga asing dipanggil Alien Card 😯 diberikan. (Walaupun kami bukan ‘alien’ huk huk). Kad tu berfungsi macam IC. Kalau pregnant pun, perlu laporkan kat sini untuk dapat diskaun masa check bulanan dan lepas bersalin pun kena lapor dan daftar kelahiran kat sini sebelum pergi daftar kat imigresen dan kedutaaan Malaysia.

Taman Dekat City Hall (Ogos, 2009)

Berbalik pada Taman Dekat City Hall ni, taman ni selain ada padang yang luas, ada gelongsor – satu bersaiz medium satu large, ada jongkang jongket, ada buaian, ada kerusi/kuda ayun (apa nama sebenarnya?), ada tempat panjat-panjat, boleh dikatakan complete untuk budak-budak bermain. Selalu juga Umar datang sini terutama weekend kalau cuaca baik.  

Umar sedang menunggang haiwan misteri..

Lebih kurang 20 minit dari JAIST pula, ada sebuah zoo yang terbesar di kawasan Hokuriku bernama Ishikawa Zoo. Zoo ni terletak atas bukit. Berpeluh jugak le nak menapak untuk sampai kat atas di mana terdapat pintu masuk ke zoo. Design zoo ni secara keseluruhan agak cantik dan kawasannya pun bersih. Bayaran masuk Yen810 (about RM30) untuk dewasa dan Yen400 untuk kanak-kanak. Masuk-masuk je, akan jumpa kawasan anjing (ke singa?) laut dengan kolam dan bukit batunya. Gajah, zirafah dan orangutan pun ada kat zoo ni. Bak kata Pak Cik Astro…macam-macam ada.. Sebenarnya Umar pun baru sekali pergi ke zoo ni. Itupun masa Atuknya datang Jepun bulan Ogos dulu.

Umar sedang mengkaji habitat binatang bernama penguin

Umar sedang berjalan dengan Atuknya di Ishikawa zoo

 


Responses

  1. cucu atuk le kate kn… xleyh dipish kn dorg bdua tu… asek nk b’kepit je… eeee… jelez nye abh dh menapak kn kaki kt bumi jepun.. ble plak la anim nk menapak ke sne.. sponsor plizzz… hehehehe

  2. anim..azam le keluar masturat 2 bulan kat sana suatu hr nnti….🙂

  3. insya allah… k.yong doa2kn…. pe kate t kte sume kuar sme2 nk x.. msty best kn…

    • mesti ler best petatin baru mai kuar masturat kat bumi sakura……loving couple ler jd nye…

  4. of coz… nnt jgn jelez plak udah le yer… hehe..

  5. keluar same2 ye anim..haah best gak tuh..kakyong pun ade can jadik petatin baru..ahakss~

    liza – jadi umah pertama di situ terima jemaah kami insyaAllah..🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: