Posted by: ummiabah | January 31, 2010

Tempat Rekreasi – Bah. 1

Family block - Blok kami di sebelah kanan

Rumah kami di sini berada dalam kawasan kampus. Dalam kampus ni ada 2 blok family. (Blok 4 dan 5, kami di blok 4) Di antara dua blok tu ada sebuah tempat permainan mini yang mengandungi satu gelongsor, satu ruang pasir (di sini budak-budak digalakkan main pasir, set-set main pasir banyak terjual di pasaran) dan 2 tempat duduk (bench). Kalau cuaca OK, selalu jugak Umar bereakrasi kat situ, sambil mencuba teknik-teknik gelungsur terbaru. 

Umar membetulkan posisi sebelum berlepas sambil diperhatikan oleh jurulatihnya.

Umar sedang mencuba teknik gelungsur terbaru gaya menutup muka

Selain itu, jalan (pavement?) yang menyambungkan antara bangunan hostel dan bangunan akademik, semuanya berjubin (bukan macam marmar tu, tapi jubin kasar), jadi banyaklah jalan-jalan yang tersedia untuk diterokai oleh Umar dengan basikal roda tiganya. Tak lama lagi mungkin kena beli basikal second hand baru sebab yang ada sekarang dah agak kecil untuk Umar. 

Umar sedang giat berlatih untuk siri jelajah JAIST sambil diperhatikan oleh jurulatihnya

Umar dalam siri menjelajah JAIST sambil melihat bunga

Kalau luar kawasan JAIST, satu minit naik kereta pun ada satu taman yang cukup luas dan lapang terletak sedikit di atas bukit bersebelahan dengan kaawasan JAIST. Nama resmi taman tu tak pasti pula, tapi kami dengan sesuka hatinya memanggil Taman Dekat Yu-Yu, sempena lokasinya yang berdekatan dengan satu restoran bernama ‘Yu-Yu’. Taman ni bersih (seperti man ataman-taman lain kat Jepun), lapang, jarang ada orang (ikut suka nak main sesuka hati) dan panorama menarik sebab boleh lihat barisan bukit-bukau yang memutih diliputi salji dari taman ni kalau musim sejuk – ala-ala banjaran Alps kat Switzerland tu.

Acara aci kejar di Taman Dekat Yu-Yu

Acara baling bola di taman yang sama. Barisan bukit-bukau dapat dilihat dari arah ini.

Ucapan khas dari pihak UmmiAbah: Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kepada Opahnya yang berada di Malim Nawar yang mana jatuh pada 2hb Februari, semoga sihat sejahtera dan bahagia sentiasa di samping suami, anak-anak, cucu-cucu tersayang…

 


Responses

  1. alooo.. rindu nye nk men dgn cik om.. huhuhu.. xkn ucp je bfdy kt mak.. adiah xnk hulur2 kn kew?? hohoho… impOrt frOm japan!! kuang3…

  2. huhuhu omak den ade kat intinet….huhuh glamor omak

  3. […] menghirup udara pagi di hari nan indah permai itu. :-)  Destinasinya ialah Taman Dekat Yu-Yu. (Lihat entri ni) Oleh sebab Che Umar belum bersarapan pagi lagi, maka ianya tururt merangkumi sesi bersarapan pagi […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: