Posted by: ummiabah | January 30, 2010

‘Surau’ JAIST

'Surau' JAIST

Jumlah lelaki Muslim dewasa di JAIST adalah dalam hampir seramai 20 orang yang mana berasal dari pelbagai negara seperti Mesir, Bangladesh, Tunisia, Indonesia, Pakistan, India, Burma dan tak lupa juga Malaysia.

Kami di sini sebenarnya tak ada satu bilik khusus sebagai surau. Surau kami sebenarnya merupakan bilik rehat pelajar yang secara tak rasminya dijadikan surau. Yang bagusnya bilik ni lengkap dengan karpet yang susunannya elok-elok arah kiblat. Cuma bilik ni, sepertimana kebanyakan bilik-bilik rehat kat JAIST ni ada disediakan TV. (flat screen lagi tu – digital TV) Sebab itu, ada juga sekali sekala terserempak dengan student Jepun tengah lepak kat situ masa kitaorang nak masuk sembahyang.

 Aktiviti yang hidup kat ‘surau’ ni ialah solat 5 waktu (tapi yang biasa hidup, zohor, magrib, isyak), solah jumaat (ni istiqamah), solah terawikh (ni pun Alhamdulillah setiap tahun) dan solah Hari Raya. (Tapi kalau kena Hari Raya jatuh pada hari cuti, biasanya kitaorang akan ke Kanazawa dan join solah Hari Raya kat sana). Kat sini, kami tak ada imam yang khusus, jadi gilir-gilirlah jadi imam. Tekt khutbah Jumaat, biasanya kami download dari internet. Contohnya dari website MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura). Oh ya, lagi satu…setiap kali lepas isyak juga ada bacaan hadis-hadis dari kitab ‘Muntakhab Hadith’. Alhamdulillah…

Seorang daie cilik sedang menunggu waktu solah

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: