Posted by: ummiabah | January 30, 2010

Bepergian di musim dingin

Sekarang masih lagi musim sejuk. Setiap kali nak keluar rumah, kena check dulu cuaca kat luar macamana. Kalau ditakdirkan salji turun dan menimbun (maksudnya salji lebat dan kekal selama beberapa hari) maka alamatnya hanya Abahnya dan Umar yang boleh keluar. Itupun terpaksa keluar sebab stok makanan di dapur dah mendesak untuk pergi shopping. Untuk Sofiyya dan Surayya (termasuk Umminya) keluar, terpaksalah tunggu hari yang salji dah cair, dan cuaca pun panas sikit. Tapi panas yang dimaksudkan disini bukan macam panas musim panas atau panas macam kat Malaysia, panas musim sejuk ni suhunya dalam 7-8oC aje. Itu dikira hari yang panas dan memenuhi kriteria sebagai hari yang sesuai untuk keluar rumah. 

Surayya sedang beradu dalam baby seat yang belum dipunggah masuk ke dalam kereta

Walaupun demikian, sebelum keluar, Abahnya kena siapkan kereta dulu menggunakan teknik terbaru. Kalau musim panas dan luruh dulu, biasanya letak si Sofiyya dan Surayya dalam baby seat masing-masing. Tapi musim sejuk ni, baby seat dah macam tak berapa selesa untuk digunakan sebab materialnya yang sejuk…kesian depa terpaksa duduk dalam kerusi macam ais.😦 Teknik terbaru ialah dengan menurunkan semua kerusi kat belakang, jadi macam katil dan kemudian menghamparkan tilam dari material yang hangat (saiz sebesar tilam kekabu bayi) dan siapkan bantal busuk love masing-masing. Lepas tu barulah boleh angkut si Sofiyya dan Surayya masuk ke dalam kereta. Of course, baju diaorang pun dah lengkap dengan leg warmer dan yang seangkatan dengannya. Buat masa sekarang, masa shopping, Surayya dan Sofiyya akan menunggu dalam kereta bersama Abahnya atau Umminya, bergantung pada siapa yang bertanggungjawab untuk membeli-belah. Umar pula, biasanya akan keluar sama ikut siapa yang keluar. Siapa yang ‘bernasib baik’ kena jadi bibik pengasuh tu, kenalah bersedia dengan pelbagai teknik untuk mengelakkan salah seorang atau kedua-dua mereka dari meraung….🙄

Sofiyya (beruang oren - Pooh) dan Surayya (beruang putih - Teddy bear) sedang berdiskusi tentang patung mainan masing-masing


Responses

  1. nk itOt sme… smpai ati tggl kn achik anem.. huhuhuhu.. :<

  2. nmpk mcm best jer kanak2 ribena 2 org tu main teddy bear..agak2 Zaid n muni nak join skali buleh ??

  3. k.yong!!! xaleyh!!! muni n zaid jaoh sgt…. klo dkat leyh la… len la klo k.yong terbangkn dorg ke jepun… kuang2…

  4. ehh..achik anim nye pulok tak kasik..mengapa ya ??? hmmm…………….
    kalo terbangkan diorang,dgn k.yong skalik terbang…wahahaha….

  5. alaaaa kyoung anim xkasi pasal dia jelez tue…..dia nai terbang sgt tue sebenornye tapi…..wawaaaaaa…..

  6. ate kete beso….best le….kembo bole men

  7. taw xpe… kes jelez thp kritikal nie… help me!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: