Posted by: ummiabah | January 26, 2010

Udon Sup

   Seperti kita semua tahu, Jepun merupakan negara bukan Islam. Oleh itu kebanyakan makanan-makanan terutamanya makanan siap yang berada dipasaran tidak berada dalam kategori hahal. Ayam dan daging yang dijual dipasaran memang sudah sah lagi shahih tak halal sebab tak disembelih, kalau nak ayam dan daging halal kena order kat internet➡ Baticrom Online Store. Justeru itu, produk-produk makanan yang mengandungi ekstrak haiwan seperti lemak,minyak, emulsifier dsb juga tidak halal. Setiap kali nak membeli makanan, terutamanya yang belum pernah dibeli sebelum ni, kenalah baca apa bahan/ingredients yang digunakan samada dari sumber haiwan atau tumbuhan. Kalau tak pasti dari sumber mana, boleh call direct kepada customer servicenya, atau check kat website-website yang mengandungi maklumat makanan halal di Jepun.

Sepaket udon yang belum diapplikasikan

Oleh itu, untuk survive dengan ‘selesa’ di negara Matahari Terbit ni, anda memerlukan tahap kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi😆 terutamanya dalam bab makanan. Kata orang (siapakah orang itu?) sesuatu idea itu timbul bila keadaan mendesak. Hasil dari falsafah tersebut maka lahirlah udon sup. Udon ni bentuknya seolah macam laksa tapi lebih kenyal (nyut nyut) dan rasanya lain dari laksa sebab berasaskan tepung gandum. Satu paket single (ada juga paket kembar), berukuran dalam 10×10 cm cuma berharga dalam Yen50 aje. Bila digabungkan dengan sup ayam, yang dimasukkan cendawan, maka bertambahlah kekenyalannya. MasyaAllah sodapnyer… Mak mentua lalu belakang rumah pun tak nampak.😆 Boleh dimakan sebagai sarapan, atau lunch atau makan malam. Malangnya gambar udon yang berada dalam sup ayam tak dapat disiarkan sebab tiada dalam stok. Berikut adalah imej udon sup yang selamat disediakan oleh chef restoran UmmiAbah dan sedia untuk dinikmati.. yum! yum!

Saat-saat terakhir sebelum dimakan

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: