Posted by: ummiabah | January 25, 2010

Umar dan keretapinya

Gambar Hiasan: Shinkansen

Keretapi ialah minat/hobi/passion Umar yang nombor wahid@satu. Ketika di rumah, permainan utamanya keretapi. Ketika surf Youtube, video yang dilihatnya keretapi. Ketika pergi pasaraya, barang mainan yang dia mahu – keretapi. Boleh dikatakan celik mata pejam mata – keretapi. Sejak bila cik Umar suka bebenor kat keretapi ni tak dapat dikenalpasti secara tepat. Mungkin….mungkin sejak berulang-alik ikut Ummi dan Abahnya ke hospital guna keretapi masa awal-awal dulu. Dan minat tu berkembang subur dan mekar hinggalah sekarang.

Hello...saya nak pesan keretapi 3 gerabak!

Umar ni ada istilah dia yang tersendiri untuk keretapi. Kalau keretapi laju Shinkansen, termnya “Keretapi ada lampu”. Kalau nak merujuk kepada keretapi Thomas and friends tu, termnya “Keretapi ada mata”. Oleh sebab minatnya yang luarbiasa terhadap keretapi, maka terpaksalah Umminya membelikan satu set landasan keretapi kepadanya. Set itu pula semakin bertambah-tambah panjangnya dari masa ke semasa sebab ianya extendable. Siap ada jual, jambatan dan lain-lain.

Set keretapi Umar bersebelahan indoor gelongsornya

Antara siri permainan yang dia suka semasa bermain set keretapi ni ialah, siri perlanggaran antara 2 gerabak yang bergerak dalam satu landasan menuju ke arah satu sama lain,😯 ataupun siri kejar mengejar antara keretapi Shinkansen yang laju macam ribut dengan keretapi Thomas yang slow macam siput sedut kura-kura yang berakhir dgn perlanggaran borntort hingga salah satu tergelincir keluar dari landasan. Mungkin cik Umar ni berangan jadi engineer yang sedang membuat failure analysis kot…

Tengah study perkembangan teknologi keretapi terkini...?

 


Responses

  1. achik anem nk order 10gerabak keretatapi… hehe..
    nk lik menawar.. kt tgnu xde krtapi.. kuang3..

    • alahai ksiannnnye…nak gerabak yer,,,,nanti cik umar bikin kasi cik anim…..tunnnggguuu

  2. alryteeeeee…. i’m waiting!! klo xde siap cik om.. kne blsh dgn acik anem.. hehehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: