Posted by: ummiabah | January 25, 2010

Pengangkutan di JAIST

   JAIST ni terletak di atas bukit dan agak terpencil dari kawasan bandar. Pekan (@ bandar kecik) terhampir ialah pekan Tsurugi dan Tatsunokuchi (lebih kurang 5-10 minit dengan kereta). Bandar besar yang terhampir ialah Kanazawa. (lebih kurang satu jam dengan kereta) Stesen keretapi yang terdekat terletak di Tsurugi.

Imej pekan Tsurugi dirakam dari tempat menunggu bas (May, 2009)

 Masa kami mula-mula sampai, pengangkutan utama kami ialah bas dan keretapi. JAIST menyediakan pengangkutan bas secara percuma (yey!) yang akan berulang-alik dari JAIST ke Tsurugi stesyen sambil berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di 4-5 perhentian. (Lihat tanda dot warna ungu dalam peta kampus JAIST dalam entry “Rumah kami di Jepun”) Dari JAIST ke Tsurugi memakan masa dalam 15 minit. Dari Tsurugi stesyen, boleh naik keretapi hingga ke Nishi Kanazawa, seterusnya ke Kanazawa stesyen(Bandar utama di negeri Ishikawa). Masa tu kena berulang-alik ke Hospital Besar (Ishikawa Kenritsu Chuuo Byouin) yang terletak di Kanazawa city untuk check bulanan, maka dekat 2 bulan jugak le kami menjadi pengguna setia bas JAIST.

Seorang kanak-kanak bersama bapanya dalam bas JAIST

 Alhamdulillah, setelah beberapa usaha untuk membeli kenderaan yang sesuai, akhirnya Allah telah menemukan sebuah kereta jenis Nissan Liberty berwarna putih dan sedikit kekelabuan (sebab jarang basuh) menerusi Brother Nur, seorang warga Pakistan yang menetap kat sini dan berkahwin dengan orang Jepun. Siap pergi sendiri kat tempat auction dengan Brother Nur menyaksikan acara auction dilakukan. Alhamdulillah kereta ni berbaloi jugakla membeli sebab masih sangat tip top kondisinya siap dengan road tax dan tayar untuk musim salji. (Kat sini musim salji kena tukar tayar yang khusus untuk musim salji untuk mengelakkan kegelinciran berlaku).

Kereta kitaorang.. (second hand)

Dengan adanya kereta sendiri, maka banyak kesusahan-kesusahan yang dialami sebelum ini (kesusahan menunggu bas, memanjat tangga kat stesyen keretapi, menunggu teksi dll) telah dihilangkan oleh Allah. Cuma, masa musim sejuk ni, kalau hari turun salji, kena rajin-rajin turun tempat parking untuk buang salji, kalau tidak nak kena buang salji yang terkumpul 2-3 hari, memakan masa dalam sejam atau lebih menggunakan kudrat seorang pekerja lelaki dewasa yang sederhana kuatnya.(Abahnya le).😥 Nasib baik kalau hari bersalji tu, ada perkhidmatan jentolak yang akan menolak salji-salji yang terkumpul di jalanan dalam kawasan JAIST ni untuk membuka laluan kereta.

Kereta bersalut salji. Perhatikan gambar jentolak kat background tengah bekerja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: