Posted by: ummiabah | January 20, 2010

Umar dan salji

 

Seorang model kanak-kanak di atas salju. (Umar le tu). Sila abaikan lembaga hitam di bawah kiri gambar.

Di Jepun sekarang secara rasminya telah memasuki musim sejuk. Dikira musim sejuk biasanya dari Januari hingga Mac. Tapi di JAIST ni, salji dah mula turun walaupun baru bulan Disember. Musim sejuk di sini setakat ni yang paling sejuk dalam bulan Januari ni ialah -2oC. Biasanya budak-budak memang cukup suka dengan salji. (Termasuk sebahagian kecil mak dan pak budak juga…terutamanya yang tak pernah jumpa salji macam orang Malaysia…siapa tu ?) Sebab budak-budak suka, kerana mungkin sebab salji ni macam pasir, boleh dibentuk sesuka hati, nak terjah ke, lompat ke, baling ke…sesedap rasa. (Ini teori Bro.Amr – orang Mesir yang anaknya turut dilanda sindrom yang sama) 

Model angkasawan kanak-kanak

Umar pun memang cukup suka main salji. Siap bawak masuk dalam rumah lagi, sampai la salji tu cair jadi air. Cuma setiap kali nak keluar kena pakai kelengkapan yang sesuai. Kasut kena kasut ala-ala kasut but, baju luar yang tak tembus angin, leher dan tangan kena tutup, bertopi bulu yang tutup telinga supaya tak sejuk. Nasib baik banyak dapat baju-baju musim sejuk dari orang-orang Malaysia yang dah tamat belajar – jimat duit. Dan, kat kedai second-hand pun (kat sini nama kedainya Second Street) pun boleh dapat murah-murah aje.

Orang salji kesukaan Umar hasil kerjatangan Abahnya

Soalan quiz: Apakah yang dipakai oleh orang salji di atas?

A. Topi tiga segi

B. Bekas ais-krim

C. Topi dari bulu yang mahal lagi lembut


Responses

  1. makin encem plak cik om…huhuhu

  2. nk ngort cik om ley x???

  3. jawab kuiz terlambat sket…

    A ! hahaha…

    • Kalau jawapan anda A, anda normal. Kalau jawapan B, anda suka berimaginasi, Kalau jawapan anda C, tahap imaginasi anda sama taraf dengan Pakcik Einstein.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: