Posted by: ummiabah | January 19, 2010

Rumah kami di Jepun

Rumah yang kami tinggal sekarang terletak dalam kawasan perumahan JAIST (Japan Advanced Institute of Science and Technology). JAIST ni khusus untuk post-graduate (Master dan PhD) saja, dan tak ada under- graduate course. Oleh itu, jumlah pelajarnya cuma sekitar 1000 orang sahaja dan kebanyakannya tinggal dalam kawasan JAIST. Dalam kawasan JAIST ada sebanyak 8 bangunan untuk penempatan para pelajar. 3 dari 8 bangunan tersebut (5 tingkat) adalah rumah untuk family dan double. (33 rumah family dan 33 rumah untuk double). Rumah kami adalah dari jenis family room.

Jenis-jenis bilik/rumah di JAIST

Alhmadulillah rumah kami terletak ditingkat paling bawah sebab kalau kena tingkat 5, jenuhlah kena mendaki turun naik sebab tak ada lift. (Mungkin JAIST nak menggalakkan pelajar bersenam…) Rumah kami ada satu ruang tamu, 2 bilik tidur, ruang dapur, tandas dan bilik air dan beranda. Masa masuk sini, boleh dikatakan rumah ni dah lengkap.  Ada dapur gas dan air panas (dan bekalan gas tentunya), mesin basuh, mesin pengering, almari, meja makan, meja study, heater dan baaanyak ruang menyimpan.

Pandangan helikopter sekitar JAIST

Jarak rumah ke tempat belajar/kerja (laboratory) cuma 5 minit berjalan kaki.  Yang bagusnya, bangunan-bangunan akademik dan pentadbiran JAIST semuanya berbumbung dan bersambung antara satu bangunan ke satu bangunan, siap ada jambatan gantung ala-ala kat Petrones Twin Tower. (Yang bertanda X dalam gambar di atas). Kalau musim salji, mungkin lebih sikit dari 5 minit terpaksa mengharung salji yang kadang-kadang hampir paras betis. Salji kat kawasan ni boleh tahan tebalnya kalau dah turun. Lihat gambar bukti seperti yang terpapar di bawah. Mungkin kerana kawasan JAIST ni terletak di kawasan agak tinggi berbanding Kanazawa contohnya (bandar paling besar yang berhampiran).

Jalan harian ke tempat kerja masa musim salji

Di JAIST ada ramai juga pelajar Muslim, mungkin hampir 20 orang, kebanyakannya famili. Rakyat Malaysia ada dalam 4 keluarga dan 1 bujang. Kalau campur-campur semua ahli keluarga, termasuk anak dan isteri mencecah 20 orang juga orang Malaysia di sini. Sembahyang Jumaat dan sembahyang 5 waktu kami buat di bilik rehat yang secara tidak rasminya kami jadikan surau. Kesimpulannya, kehidupan di JAIST ni boleh dikatakan sangat sangat baik dari segi kemudahan dan begitu student-friendly.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: